Friday, May 15, 2015

DEMI ANAK, SEORANG IBU SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Jika dibaca tajuk di atas, pasti setiap ibu ada cerita tersendiri demi untuk kebaikan anak.. Begitu juga dengan saya..


Jika diingatkan kembali, mengapa saya terjebak dengan barangan-barangan Shaklee juga adalah di sebabkan anak. Saya telah berkahwin pada hujung 2012 dan dikurniakan seorang puteri comel pada oktober 2010. Walhal saya mula mengenali Shaklee sejak tahun 2009 lagi. (kalau nk diikutkan saya ni lagi outdated sebabnyer Shaklee dah wujud di Malaysia hampir 50 tahun yang lalu..hehe..)


Masa first time dengar pasal Shaklee tu, saya masih belom berkahwin dan saya agak skeptikal dengan produk-produk supplement ni.. memang x pandang langsung.. Almaklumla, masih muda, belom beranak, so, kategori masih kuat dah bertenaga la.. ecece.. Bagi saya produk2 macam ni memang membazir la kalau beli.. Mengikut pahaman saya, nutrisi yang berlebihan ketika mengambil produk-produk supplement seperti ini akan disingkirkan melalui air kencing. So, saya pon berpikir, membazir la..maser tu tau...


Semasa berpantang anak pertama pun, saya masih lagi ada pemikiran yang agak negative terhadap Shaklee. Saya berpantang pon guna jamu-jamu biasa.. tapi itu pon x habis..kene marah lagi dengan mak sebab x habiskan makan jamu..hehe..thats why saya x suka sangat makan supplement ni. sebab saya tahu saya ni culas.. kalau beli mesti x makan punya..


Alhamdulillah, tanpa apa2 supllement, saya mampu breastfeeding anak saya sampai 8 bulan. Niat di hati nak cukupkan 2 tahun tapi tidak kesampaian sebab susu badan makin lama, makin kurang..

Maka bermulalah perkenalan saya dengan Shaklee.. Itu pon sebab baca2 kat blog, bila search pasal tingkatkan susu badan, berderet suggest produk Shaklee. Dalam hati dok cakap, bagus sangat ke produk ni?? ceh, nada x puas hati gitu.. 

Then kebetulan pulak kawan satu opis mmg makan produk Shaklee ni.. die yang promote bagitau makan supplement ni bertenaga especially vitalea. Kalau nak banyakkan susu makan alfalfa. So, saya pon bila dengar orang yang rapat dengan kita dapat kesan yang macam tu, saya pon sedikit demi sedikit jadi yakin dengan Shaklee ni , walaupun pada mulanya agak menyampah sebab asyik2 orang dok sebut pasal Shaklee.


So, demi anak pon, saya cuba beli produk pertama shaklee iaitu alfalfa.. itupon yang kecik jer..hehe..kedekut x? nak cuba je la dulu, kalau ok baru beli lagi..bila dah beli tu semangat konsisten hanya bertahan selama seminggu.. itu pon ade sehari dua yang terskip makan... so, memang x nampak effect sangat la. susu banyak ke, x banyak ke, sebab saya culas.. saya yang salah n x konsisten..





Akhirnya, saya pon terpaksala mentopup anak saya dengan susu formula.. tapi masih lagi continue breastfeeding sampai sekarang. (die dah 1 tahun 7 bulan). Alhamdulillah.. sihat walafiat, cuma berat badannya tak naik-naik..dah kategori underweight dah...huhu..risau saya..maknyer oberweight pulak.. x synchronize langsung..huhu..


Maka terjebaklah saya dengan second produk Shaklee iaitu mealshake selepas banyak review mengatakan mealshake mampu memberikan selera makan pada kanak-kanak. So far until now, sudah hampir 3 minggu saya bagi Syifa makan mealshake. Campur dalam air susu die. Syukur pada Allah, saya nampak tabiat makan die dah berubah. Daripada ambil sebiji je nasi masuk dalam mulut, sekarang, die ambil segenggam nasi masuk dalam mulut. Memang nampak berselera sedikit berbanding sebelum ini. Buang najis pon lebih mudah. kalau tidak, sebelum ini, najisnya sangat keras, sampai nangis2 kalau nak membuang. Again, sebab anak jugak saya beli produk Shaklee yang ke dua. hehe...





Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Saya amat bersyukur Allah pertemukan saya dengan Shaklee segala-galanya demi anak. Atas kepercayaan ini, untuk anak yang kedua, (skrg dah 3 bulan mengandung) saya akan memberikan yang terbaik buatnya. dan berusaha untuk fully breastfeed until 2 years old. 

Setelah sebulan menjadi warga Shaklee, saya bernekad mempunyai impian untuk menjadi seorang WAHM (Working At Home Mom) semuanya kerana anak.. Itulah impian saya, bekerja dari rumah dan dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Semoga impian saya akan terlaksana suatu hari nanti..Amin..


DEMI ANAK, SEORANG IBU SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA...


-ninakate-





No comments:

Post a Comment