Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Thursday, February 16, 2017

Apa itu minda bawah sedar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari ni saya nak share tentang satu ilmu yang saya pelajari iaitu mengenai minda bawah sedar.


Apa itu minda bawah sedar?

atau bahasa omputihnya kita panggil subconcious mind.

Minda bawah sedar ni adalah aktiviti otak ketika gelombang alpha diaktifkan.

Gelombang alpha ni aktif ketika keadaan tenang, contohnya semasa bersolat, time nak tidur, time kita sedang berehat. 


Apa itu minda sedar?

Minda sedar pula adalah ketika kita melakukan sesuatu dalam keadaan sedar seperti membaca blog ni, menulis, bersukan dan sebagainya.

Kajian telah membuktikan bahawa kapasiti minda kita hanya 12 % untuk minda sedar manakala selebihnya 88 % adalah minda separa sedar. 

ini bermaksud, outcome yang terhasil daripada diri kita ini adalah 88 % datang daripada minda bawah sedar. Apa yang kita fikirkan, apa yang kita niatkan serta impian kita yang terlintas dan terpahat dalam hati itu adalah minda separa sedar. 





Saya selalu berikan contoh kepada pelajar saya. 

'Jadikan subjek Anatomy dan Physiology mudah dan menyeronokkan bagi anda. Kalau asyik cakap subjek ni susah , memang sampai bila-bila pon susah.. ' (Saya bagi contoh ni sebab saya cikgu anatomi . hehehe.. )

Setiap kali sebelum mengajar, saya akan cuba beritahu pelajar supaya anggap subjek ini sesuatu yang menyeronokkan dan ianya sangat rapat dengan kita. Iyela. Belajar pasal badan sendiri kot. Plus apa yang kita belajar itu secara tidak langsung dapat mendekatkan diri dengan Allah sebab kita belajar mengenai penciptaanNya. Subhanallah.

dan Alhamdulillah, mereka mampu terima dengan mudah. Belajar pon happy je.


So, sekarang ni saya nak cabar diri saya untuk apply minda bawah sedar ni dalam bisnes yang saya tengah buat ni. Doakan saya kaya dan berjaya. Jom sama-sama kita..

Amin...




Sunday, November 6, 2016

10 TIPS BERJAYA DUNIA AKHIRAT

1. Muliakan kedua-dua ibu dan bapa

  -Sentiasa mendoakan mereka kerana doa mereka tiada hijab. Maksudnya kalau mereka mendoakan yang baik-baik buat kita, insyaAllah, baiklah kita. Jika mereka berkecil hati atau marah terhadap kita lalu mendoakan perkara yang tidak baik, maka tidak baik lah jadinya.. 


2. Sentiasa menjaga masa

Sentiasa ingat lagu Raihan yang tajuknya demi masa iaitu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

- Sihat sebelum sakit
-muda sebelum tua
-Kaya sebelum miskin
-Lapang sebelum sempit
-Hidup sebelum mati


3. Berdoa dengan khusyuk
- Sesungguhnya doa ketika 1/3 malam (pukul 3-4 pagi) adalah waktu berdoa yang paling dimakbulkan dan paling mustajab


4. Berusaha dengan niat kerana Allah

- Berjaya dan kaya dengan niat kerana Allah untuk membantu orang yang lebih susah daripada kita. Bukannya untuk bermegah-megah ataupun menunjuk-nunjuk di pandangan mata orang.


5. Jaga Kesihatan

-Mengamalkan pemakanan yang baik dan berkahsiat. Mengambil supplement
-sentiasa berpuasa banyakkan minum air dan banyakkan bergerak.


6. Hidup mempunyai matlamat

-Sentiasa tetapkan matlamat pada setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. nak lagi bagus tetapkan matlamat jangka panjang seperti 5 tahun akan datang. Anda 5 tahun akan datang adalah apa yang anda lakukan sekarang.


7. Sentiasa bersedekah 

- Belajarlah bersedekah dengan konsisten walaupun dimulakan dengan sekecil wang RM 1 seminggu. Paling afdal bersedekah di hari Jumaat. Kalau nak sedekah hari-hari lagi bagus.. hehehe...


8. Sentiasa menjaga waktu solat.

-Solat di awal waktu adalah paling disukai oleh Allah


9. Berani berjumpa orang ramai dan bersosial 

-Namun begitu perlu menjaga batas-batas syarat yang telah ditetapkan seperti tidak bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan.


10. Apabila ditimpa musibah, perlu bertenang, sentiasa bersangka baik dengan Allah.

-Apabila penat jangan mengeluh. Penat bermakna anda masih mampu melakukan kerja dan masih mempunyai pekerjaan. Maka, bersyukurlah,...


salam sayang..

nina








10 TIPS BERJAYA DUNIA AKHIRAT

1. Muliakan kedua-dua ibu dan bapa

  -Sentiasa mendoakan mereka kerana doa mereka tiada hijab. Maksudnya kalau mereka mendoakan yang baik-baik buat kita, insyaAllah, baiklah kita. Jika mereka berkecil hati atau marah terhadap kita lalu mendoakan perkara yang tidak baik, maka tidak baik lah jadinya.. 


2. Sentiasa menjaga masa

Sentiasa ingat lagu Raihan yang tajuknya demi masa iaitu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

- Sihat sebelum sakit
-muda sebelum tua
-Kaya sebelum miskin
-Lapang sebelum sempit
-Hidup sebelum mati


3. Berdoa dengan khusyuk
- Sesungguhnya doa ketika 1/3 malam (pukul 3-4 pagi) adalah waktu berdoa yang paling dimakbulkan dan paling mustajab


4. Berusaha dengan niat kerana Allah

- Berjaya dan kaya dengan niat kerana Allah untuk membantu orang yang lebih susah daripada kita. Bukannya untuk bermegah-megah ataupun menunjuk-nunjuk di pandangan mata orang.


5. Jaga Kesihatan

-Mengamalkan pemakanan yang baik dan berkahsiat. Mengambil supplement
-sentiasa berpuasa banyakkan minum air dan banyakkan bergerak.


6. Hidup mempunyai matlamat

-Sentiasa tetapkan matlamat pada setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. nak lagi bagus tetapkan matlamat jangka panjang seperti 5 tahun akan datang. Anda 5 tahun akan datang adalah apa yang anda lakukan sekarang.


7. Sentiasa bersedekah 

- Belajarlah bersedekah dengan konsisten walaupun dimulakan dengan sekecil wang RM 1 seminggu. Paling afdal bersedekah di hari Jumaat. Kalau nak sedekah hari-hari lagi bagus.. hehehe...


8. Sentiasa menjaga waktu solat.

-Solat di awal waktu adalah paling disukai oleh Allah


9. Berani berjumpa orang ramai dan bersosial 

-Namun begitu perlu menjaga batas-batas syarat yang telah ditetapkan seperti tidak bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan.


10. Apabila ditimpa musibah, perlu bertenang, sentiasa bersangka baik dengan Allah.

-Apabila penat jangan mengeluh. Penat bermakna anda masih mampu melakukan kerja dan masih mempunyai pekerjaan. Maka, bersyukurlah,...








Thursday, March 31, 2016

AMBIL TAHU NUTRIEN PENTING UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kehamilan adalah merupakan moment yang sangat-sangat di nantikan oleh setiap pasangan lebih-lebih lagi mereka yang baru mendirikan rumahtangga.




Tumbesaran janin dari bulan ke bulan memerlukan nutrient dan mineral yang cukup untuk memastikan pembentukan organ dan tisu lengkap. 



Antara Nutrient penting yang diperlukan oleh ibu hamil adalah:


Protein
Sumber utama asid amino yang penting untuk pembinaan sel-sel dan tisu janin dalam kandungan





Karbohidrat

Sumber tenaga utama untuk memastikan sel-sel tubuh badan si ibu dan janin dalam kandungannya dapat bekerja




Lemak

Pengambilan lemak yang secukupnya adalah diperlukan untuk pembentukan tisu lemak terutamanya ketika usia janin memasuki triemster ketiga. Namun perlu diingat, jangan ambil lemak secara berlebihan, nanti susah pula nak turun berat badan selepas bersalin



Kalsium 

Kalsium adalah mikronutrien yang perlu diambil oleh ibu dalam kuantiti yang tinggi di mana kalsium diperlukan untuk membentuk tulang serta gigi yang kuat bagi janin. Kekurangan kalsium di kalangan ibu mengandung adalah sering dilaporkan. Kekurangan kalsium akan menyebabkan tulang ibu menjadi rapuh, gigi mudah tertanggal. 

Yang paling menyeksakan akan berlaku kekejangan kaki di tengah malam. Jika anda mengalami simptom2 seperti ini, ini menandakan anda sedang mengalami kekurangan kalsium




Asid Folik

Asid folik sangat penting untuk memastikan pembentukan 'neural tube' berlaku dengan sempurna. Kekurangan asid folik akan menyebabkan janin mengalami 'spina bifida' iaitu pembentukan 'neural tube' yang tidak normal




Zat besi

Zat besi sangat penting utuk menghasilkan hemoglobin iaitu bahan penting untuk mengangkut oksigen di dalam sel darah merah. kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia iaitiu keadaan di mana kandungan hemoglobin si ibu rendah. 

Antara simptom-simptom anemia adalah seperti mengantuk, pening, degupan jantung laju, tubuh menjadi lesu dan tidak bermaya. 

Jika anda mengalami simptom seperti di atas, anda mungkin mengalami kekurangan zat besi


Vitamin

Kesemua jenis vitamin adalah diperlukan oleh ibu mengandung untuk memastikan sel-sel janin dapat terbina dengan lengkapnya


Kesemua nutrient yang diperlukan terdapat di dalam Set Hamil Shaklee.


Klik di sini untuk melihat Set Hamil Shaklee


Atau hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Set Hamil Shaklee







Wednesday, February 3, 2016

TIPS KUMPUL STOK SUSU IBU SEBELUM BEKERJA

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya baru sahaja memulakan rutin kerja sebagai seorang pensyarah setelah 2 bulan bercuti pantang anak ke-2. Semuanya berjalan dengan lancar dan apa yang lebih menggembirakan lagi, stok susu badan saya lebih banyak kali ini berbanding ketika selepas saya melahirkan anak yang pertama dahulu. Nak tau rahsia macam mana nak banyakkan susu, boleh la KLIK kat sini.

sepanjang pengalaman saya selama 2 bulan berpantang, ini lah antara tips-tips yang saya amalkan.

1. MULA KUMPUL PADA MINGGU KE 2 SELEPAS BERSALIN

Kenapa kene minggu ke 2? kalau lagi awal kan lagi bagus.. ada jugak yang bertanya pada saya soalan tu.

Sebenarnya minggu ke 2 adalah waktu yang sesuai untuk kita mula kumpul stok susu sebab, 2 minggu yang pertama tu, kita digalakkan untuk 'direct feeding' sebab ketika itu payudara kita hasilkan susu yang lebih tinggi kandungan antibodi dan adalah lebih baik jika antibodi tersebut terus masuk ke dalam badan bayi sebab ianya masih aktif. Kalau perah dan simpan pun mungkin antibodi tersebut sudah menjadi tidak aktif lagi disebabkan perubahan suhu. 


2. SET TARGET

Macam saya haritu, saya bawak balik storage bottle dekat 40 + storage bag. Memula rasa macam x yakin boleh isi semua botol tu. Tapi saya set minda saya yang saya boleh penuhkan botol tu semua. Alhamdulillah, susu banyak sampai x cukup botol. Mungkin bagi orang lain jumlah ni sikit jer.. tapi bagi saya itu dah cukup banyak. Rezeki orang masing2 berlainan kan.. so, ok la tu kan. 


3. PERAH SUSU SETIAP HARI

Setiap hari memang kene pam susu. JANGAN MALAS!!. saya kekadang tu ade jugak suara biawak yang cakap, "ala.. x payah pam la hari ni. bukannya bengkak pun.." Tapi kita kene lawan kata-kata biawak tu. Kene jadik rajin dalam bab ni. Kena pandai cari masa untuk perah susu walaupun kene bangun tengah malam. Kalau nak jimat masa, sambil susukan anak, sebelah lagi perah untuk buat stok. lagi cepat susu terhasil


4. SEDIAKAN TEMPAT SIMPANAN SUSU YANG LUAS DAN BANYAK

Sila clearkan freezer bahagian atas supaya kita boleh simpan susu banyak2 nanti. takpun mintak tolong husband belikan deep freezer khas untuk nak simpan susu... hehe.. ini sebenarnya pon boleh jadi pemangkin nak kumpul stok susu bagi banyak tau. Tapi saya x dela sampai tahap beli deep freezer baru.. hehe.. 


5. ALWAYS BE POSITIVE

Yang ni memang saya selalu amalkan setiap kali selepas memerah. saya selalu sebut ALHAMDULILLAH, ini rezeki untuk anak aku hari ini. Tetap ucap alhamdulillah walaupun hasil perahan hanya cuma 1/2 @ 1 oz. Insyaallah, lama kelamaan, susu kita akan jadi lebih banyak. Sebab dalam Al-Quran pon Allah ade sebut, 'barangsiapa yang bersyukur atas nikmat yang diberikan, maka akanKu gandakan lagi nikmat kepada hamba tersebut.' Saya tak ingat dalam surah ape. Tapi itulah janji Allah. so, kita kene sentiasa yakin



Tuesday, August 11, 2015

BAGAIMANA SET KURUS SHAKLEE BOLEH BANTU TURUNKAN BERAT BADAN?

Terdapat 3 asas yang berlaku bagi sesiapa yang ambil Set Kurus Shaklee.


PERTAMA, bakar lemak.

LECITHIN berfungsi untuk mengalang penyerapan lemak daripada diserap masuk ke dalam badan.

OMEGA GUARD berfungsi menyingkirkan lemak-lemak yang terdapat dalam salur darah



KEDUA, buang toksin

HERBLAX merupakan julap lembut yang berfungsi menyingkirkan toksik-toksik dalam badan

ALFALFA berfungsi sebagai agen diuretik semulajadi dan membantu proses nyahtoksik agar berlaku dengan lebih lancar lagi






KETIGA, bina otot

CINCH ENERGY TEA MIX mengandungi antioksida yang boleh meningkatkan metabolisma dan penggalak tenaga

CINCH SHAKE MIX mengandungi leusine yang membantu memelihara otot serta memberikan rasa kenyang yang berpanjangan





KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE


HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTASI SECARA PERCUMA



Wednesday, August 5, 2015

8 MANFAAT ALFALFA SHAKLEE

Pokok Alfalfa telah lama digunakan sejak zaman purba di India, China dan Sepanyol




Pokok ini juga digelar sebagai Raja tumbuhan kerana ianya kaya dengan mineral dan vitamin.

Akarnya yang tumbuh panjang ke dalam tanah berupaya menarik banyak bahan mineral dan vitamin bumi dan diserap masuk ke dalam tumbuhan herba tersebut


Perbezaan antara akar pokok jagung dan pokok alfalfa.


Selain itu juga, terdapat juga 8 enzim penghadaman lemak, karbohidrat dan protein




Terdapat 7 kelebihan dan manfaat alfalfa Shaklee :

1. Mencuci darah, usus dan hati
    Apabila kesemua sistem ini telah bersih, maka organ juga dapat berfungsi dengan normal. 
    Ianya juga menjadikan kulit kelihatan lebih cantik hasil daripada detoksifikasi ini.

2. Mengurangkan bau badan
    Berita baik bagi mereka yang mempunyai bau badan kerana dengan pengambilan alfalfa dapat             mengurangkan bau badan

3. Menyingkirkan lemak dan toksin daripada badan
    Penyingkiran toksin dengan cara berpeluh dan kencing yang kerap. Mereka yang mengambil               alfalfa digalakkan untuk minum air yang banyak supaya toksin dari dalam badan dapat dikeluarkan     dengan lancar melalui perpeluhan dan perkumuhan

4. Mengurangkan risiko darah tinggi dan sakit jantung
    
5. Berupaya melawan sel-sel kanser
    Alfalfa berupaya melawan sel-sel kanser. Pengambilan alfalfa bagi pesakit kanser adalah sebanyak     30-50 biji sehari 

6. Melegakan keletihan 

7. Melancarkan perjalanan darah

8. Milk booster
    Menggalakkan penghasilan susu badan kerana dalam alfalfa mengandungi galactogue yang berfungsi untuk menggalakkan penghasilan hormon prolaktin dan sekaligus menambah penghasilan susu badan



KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT KELEBIHAN ALFALFA


KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT REVIEW ALFALFA DARIPADA PENGGUNA LUAR NEGARA




HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA.




Thursday, July 30, 2015

KELEBIHAN BAGI IBU YANG MENYUSUKAN BAYI

Selain daripada bayi, si ibu juga turut mendapat manfaat daripada  penyususan ini.

Antara manfaat-manfaat yang diperolehi oleh si ibu adalah.

1. Membantu mengecutkan rahim dengan kadar lebih cepat

Tahukah anda, semasa mengandung rahim kita akan membesar berkali-kali ganda daripada saiz yang asal. Selepas kelahiran, rahim akan kembali kepada saiz dan kedudukan yang asal. Keadaan ini boleh dipercepatkan dengan adanya hormon oksitoksin. Hormon oksitoksin ini akan membantu pengecutan ke atas sel-sel otot licin yang terdapat di dinding uterus. Hormon oksitoksin ini akan terhasil dengan lebih banyak sekiranya bayi menstimulasi puting ibu dengan cara hisapan. Maka, lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak hormon oksitosin, dan lebih cepat lagi pengecutan rahim ibu.

2. Membantu ibu mendapatkan semula berat badan ideal seperti mana sebelum mengandung

Tahukah anda, menyusu boleh membakar kalori dan juga memecahkan lemak-lemak simpanan badan yang wujud ketika mengandung. Hmm.. best tu, orang lain sibuk buat senaman, jogging, aerobic untuk kuruskan badan, tapi tidak bagi ibu menyusu. Sambil duduk, sambil baring dan jugak masa tido pon boleh bakar kalori dengan syarat menyusukan bayi.. hehe.. 


3. Membantu ibu menjarakkan kelahiran secara semulajadi (natural)

Penghasilan hormon prolaktin dan hormon oksitosin yang tinggi ketika menyusu secara tidak langsung merencatkan penghasilan hormon kesuburan. Maka, jika tiada hormon kesuburan, maka tiadalah ovulasi (pelepasan telur daripada ovari). Jika tiada ovulasi, maka tiadalah kitar haid dan tiadalah masalah 'termengandung' walaupun melakukan hubungan suami isteri pada ketika itu. Ok la tu. Perancang keluarga secara semulajadi tanpa perlu ambil pil perancang. hehe..


4. Ibu merasa lebih tenang


5. Kasih sayang ibu terhadap bayi menjadi lebih erat dan kukuh




Thursday, July 9, 2015

FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT KENCING MANIS

Kencing manis adalah merupakan penyakit yang sangat popular di Malaysia. Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana kadar gula yang tinggi dalam darah.

 Mereka yang normal berupaya menurunkan kadar gula walaupun selepas makan banyak makanan yang manis. Ini adalah disebabkan orang normal masih berupaya menghasilkan hormon insulin yang membantu menukarkan gula yang berlebihan dalam badan kepada glikogen dan disimpan dalam hati. 

Gambar di bawah menunjukkan perhubungan antara paras gula serta rembesan insulin serta glukagon daripada pankreas.





Namun, bagi penghidap kencing manis, organ pankreas mereka tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi menyebabkan gula yang berlebihan dalam badan tidak dapat diturunkan kepada glikogen, menyebabkan paras gula akan menjadi tinggi daripada kebiasaannya. 

Mengapa pesakit kencing manis tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang secukupnya??

terdapat beberapa faktor yang menjadi punca penyakit kencing manis ni. Antaranya ialah, 

1. Faktor keturunan

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis mempunyai potensi untuk mendapat keadaan yang sama. Ini boleh dikaitkan dengan faktor genetik di mana sel-sel yang bertanggungjawab untuk menghasilkan hormon insulin berkemungkinan adalah tidak normal.


2. Pemakanan yang tinggi kandungan gula dan lemak

Pemakanan yang tinggi kandungan lemak dan gula akan menyebabkan bebanan kepada pankreas untuk menghasilkan insulin. Pertambahan bebanan ini menyebabkan panckreas gagal berfungsi dan menyebabkan kencing manis.


3. Obesiti

Obesiti atau bahasa mudahnya lebihan berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan diabetis. hampir 80% mereka yang menghidap Diabetis adalah dalam golongan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan.


4. Kondisi tertentu di kalangan wanita

Wanita sentiasa mengalami ketidakseimbangan hormon. Ketidakseimbangan ini boleh dialami ketika kedatangan haid dan fasa mengandung. Dikatakan wanita yang menghadapi masalah Gestational Diabetis Mellitus (GDM) iaitu kencing manis ketika mengandung akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit kencing manis selepas itu berbanding wanita yang tidak mengalami GDM ketika mengandung. 


TIPS NAK NAMPAK KURUS DALAM GAMBAR

Assalamualaikum semua.. 

Lagi seminggu nak rayer ni... Mesti la korang tgh sibuk2 nak buat persiapan raya, kuih raya, baju raya, jalan raya..eh.. hehe..

Kat sini saya nak bagi satu tips yang sangat2 berguna untuk uolls apply mase time raye nanti. Ye la, mesti nanti masing-masing sibuk nak bergambar di pagi raya kan.. nak selfie lah, welfie lah.. afer lah.. eh...hehe..

gi mana caranya mau kelihatan kurus ketika bergambar di hari raya..hehe

Sape nak tau, meh kite kaji gambo kat bawah ni..

Biarlah gambar sahaja yang berkata-kata...





hah....nampak kurus x?


Selamat mencuba... ngee. ngee.. =D



Friday, May 29, 2015

KHASIAT BIJI KURMA

Ramadhan dah nak dekat, mesti ramai yang akan simpan stok kurma kat rumah untuk berbuka puasa dan bersahur. Tapi dah makan kurma tu, jangan terus buang biji kurma tu..

Kenapa??

Sebab, biji kurma tu mengandungi pelbagai khasiat untuk badan. ok.

Kumpul biji kurma tu, basuh dan keringkan selama sehari ke 2 hari. Kemudian disangan (goreng tanpa minyak) sehingga warnanya menghampiri kehitaman gitu. Lepas tu baru tumbuk dengan lesung batu dan jadikan die mcm serbuk. Boleh dibancuh dengan air panas macam nak buat kopi. Rasanya ala-ala mcm kopi sikit



Hari ni saya baru dapat info ni, excited nak share dengan semua orang..selamat mencuba..

credit to : http://munirahsyedabubakar.com/?p=336


Monday, May 25, 2015

KENALI PUNCA-PUNCA SUKAR UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT


Setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sememangnya ingin mempunyai zuriat mereka sendiri. Namun ada di kalangan pasangan yang masih lagi tidak menerima anugerah Allah ini walaupun telah berkahwin bertahun-tahun lamanya. Sebagai seorang hambanyaNya, kita seharusnya berusaha untuk mendapatkan zuriat serta meneliti apakah punca-punca bagi wanita yang sukar mengandung. 


Di sini saya senaraikan beberapa faktor yang menyumbang kepada sukarnya untuk memperolehi zuriat. Antaranya ialah:

1. Hubungan intim suami isteri di luar waktu kesuburan

Setiap wanita harus peka mengenai kitaran haid yang dialami olehnya pada setiap bulan. waktu subur di sini adalah merujuk kepada waktu di mana ovum dilepaskan oleh ovari sekitar hari ke -15 haid. ovum ini akan dilepaskan ketika paras hormon peluteinan (luteinizing Hormone) adalah di paras yang maksimum.  Hubungan suami isteri adalah digalakkan antara hari ke 15 - hari ke-20  untuk memperolehi zuriat.




2. Tekanan dipejabat atau tekanan dalam kehidupan

Mereka yang sentiasa menghadapi tekanan dan tidak mampu menangani tekanan dengan sebaik mungkin akan menjejaskan kesihatan dan juga sukar untuk memperolehi anak. 

Saya mempunyai seorang teman rapat yang dahulunya bertugas sebagai seorang pegawai sains selama setahun dan beliau baru berkahwin. Sepanjang tempoh perkhidmatannya pada ketika itu, terlalu banyak bebanan kerja yang dihadapi sehingga mengganggu sistem fisiologi dan ketidakseimbangan hormon. sepanjang tempoh itu juga, beliau memang ingin memperolehi zuriat namun gagal. 

Setelah setahun berlalu, beliau telah bertukar kerja dan di tempat kerja baru ini, situasinya lebih tenang, masa lebih fleksibel dan bebanan kerja yang tidak keterlaluan. Tidak lama selepas itu saya mendapat perkhabaran dari beliau di mana beliau telah mengandung. syukur alhamdulillah. 

3. Masalah hormon tidak stabil

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada ketidakstabilan hormon. Antaranya ialah, persekitaran yang tidak sihat, senantiasa stress (tempat kerja, rumah atau tugasan pelajar), pemakanan yang tidak menentu dan tidak sihat. 

Produk GLA shaklee adalah berfungsi untuk menstabilkan hormon. Bila hormon dah stabil, baru la senang nak pregnant. hehe..

4. Amalan pemakanan yang tidak sihat

Makanan pada waktu kini terlau tinggi kandungan bahan kimia. Makanan yang mempunyai pewarna serta bahan pengawet mengandungi bahan kimia. sayur-sayuran serta buah buahan turut mengandungi bahan kimia racun perosak. Oleh itu, amatlah digalakkan sebelum makan, basuh dahulu buahan serta sayuran tersebut.

Melalui pemerhatian saya, pada waktu kini segala-galanya ingin pantas, contohnya fast food. Pengambilan fast food berlebihan juga tidak digalakkan kerana makanan ini mengandungi tinggi bahan pengawet. 

Kekangan masa menyebabkan ramai orang masa kini tidak mampu untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang. Oleh itu jika anda mengambil supplement tambahan Shaklee, anda sebenarnya dapat memenuhi keperluan tubuh badan anda yang tidak dapat anda perolehi melalui makanan-makanan yang fresh seperti sayuran dan buahan.

Adalah sangat sangat sangat penting bagi mereka yang ingin mempunyai zuriat untuk memastikan keperluan tubuh badan dipenuhi untuk membina sel-sel baru serta menyeimbangkan hormon dalam badan. SET KESUBURAN SHAKLEE adalah lengkap untuk memenuhi keperluan tubuh badan di samping memberi persediaan kepada tubuh badan untuk menerima insan baru.


5.Merokok

Perkara ini khusus ditujukan buat kaum suami. Bagi saya, tidak ramai wanita Malaysia yang merokok. Tetapi bagi kaum adam, dimana-mana sahaja ada yang merokok. Saya cukup pantang mereka yang merokok di tempat awam. Kesan bagi penghidu asap rokok adalah sama seperti orang yang merokok. 

Terdapat banyak keburukan merokok antaranya , meningkatkan risiko penyakit jantung, risiko mati pucuk, risiko strok dan sebagainya. Saya x tipu. Kalau tidak percaya boleh rujuk maklumat di SINI

kalau perasan, gambar kat atas ni selalu kita nampak kat kotak rokok kan? Tapi x taula kenapa perokok-perokok tegar ni x de kesedaran sivik langsung..huhu..sedih..

Bagi perokok-perokok yang berniat untuk berhenti tetapi gagal, mungkin anda boleh mencuba produk Vivix Shaklee. Anda boleh lihat sendiri di SINI.

6.Terlalu banyak bergantung pada ubat-ubatan. Contohnya ubat darah tinggi dan pil penenang


7. Kerap berada di kawasan yang tercemar

Walaupun tidak merokok secara terus, tetapi jika kita berada di kalangan perokok-perokok, asap rokok yang mengandungi pelbagai jenis toksin boleh memasuki ke salur pernafasan serta menyerap masuk ke dalam sel-sel seterusnya disebarkan ke seluruh badan. Toksik ini akan mengganngu aktiviti fisiologi normal seorang manusia termasuklah dalam ketidakseimbangan hormon dalam sistem pembiakan.

Selain daripada itu juga, mereka yang tinggal di kawasan bandararaya yang penuh dengan asap kenderaan juga mempunyai potensi yang sama berbanding mereka yang tinggal di kawasan pendalaman.  Sebab itu nenek moyang kita dulu ramai anak. sebab mereka duduk di kawasan yang fresh air..hehe..

8.Berat badan yang tidak ideal. Terlebih gemuk atau sangat kurus

Berat badan yang berlebihan juga mampu menyumbang kepada kesukaran untuk mendapatkan zuriat. Ini adalah kerana mereka yang mempunyai lapisan lemak yang berlebihan akan menghimpit salur peranakan dan kemungkinan menyebabkan salur tersebut tersumbat. 

Apabila salur terhimpit, ini akan menyukarkan proses perjalanan sperma untuk sampai ke fallopian tiub atau menghalang perjalanan ovum ke uterus. 


Itulah antara-antara faktor yang menyumbang kepada kesukaran untuk memperolehi zuriat yang boleh saya kongsikan bersama pembaca. Mereka yang mempunyai masalah seperti di atas tadi boleh merujuk kepada doktor yang bertauliah untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut. Selain daripada itu, jangan dilupa kuasa doa kepada Allah S.W.T. kerana Allah adalah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha pemberi rezeki. Janganlah berputus harap padaNYa. Insyaallah, mana tahu doa anda akan dimakbulkan. amin..

sekiranya berminat untuk mencuba SET Kesuburan shaklee, anda boleh hubungi saya di 017 2412460.

#sebarkankebaikanciptakebahagiaan
#shakleebest