Thursday, July 30, 2015

KELEBIHAN BAGI IBU YANG MENYUSUKAN BAYI

Selain daripada bayi, si ibu juga turut mendapat manfaat daripada  penyususan ini.

Antara manfaat-manfaat yang diperolehi oleh si ibu adalah.

1. Membantu mengecutkan rahim dengan kadar lebih cepat

Tahukah anda, semasa mengandung rahim kita akan membesar berkali-kali ganda daripada saiz yang asal. Selepas kelahiran, rahim akan kembali kepada saiz dan kedudukan yang asal. Keadaan ini boleh dipercepatkan dengan adanya hormon oksitoksin. Hormon oksitoksin ini akan membantu pengecutan ke atas sel-sel otot licin yang terdapat di dinding uterus. Hormon oksitoksin ini akan terhasil dengan lebih banyak sekiranya bayi menstimulasi puting ibu dengan cara hisapan. Maka, lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak hormon oksitosin, dan lebih cepat lagi pengecutan rahim ibu.

2. Membantu ibu mendapatkan semula berat badan ideal seperti mana sebelum mengandung

Tahukah anda, menyusu boleh membakar kalori dan juga memecahkan lemak-lemak simpanan badan yang wujud ketika mengandung. Hmm.. best tu, orang lain sibuk buat senaman, jogging, aerobic untuk kuruskan badan, tapi tidak bagi ibu menyusu. Sambil duduk, sambil baring dan jugak masa tido pon boleh bakar kalori dengan syarat menyusukan bayi.. hehe.. 


3. Membantu ibu menjarakkan kelahiran secara semulajadi (natural)

Penghasilan hormon prolaktin dan hormon oksitosin yang tinggi ketika menyusu secara tidak langsung merencatkan penghasilan hormon kesuburan. Maka, jika tiada hormon kesuburan, maka tiadalah ovulasi (pelepasan telur daripada ovari). Jika tiada ovulasi, maka tiadalah kitar haid dan tiadalah masalah 'termengandung' walaupun melakukan hubungan suami isteri pada ketika itu. Ok la tu. Perancang keluarga secara semulajadi tanpa perlu ambil pil perancang. hehe..


4. Ibu merasa lebih tenang


5. Kasih sayang ibu terhadap bayi menjadi lebih erat dan kukuh




No comments:

Post a Comment