Tuesday, March 22, 2016

10 Makanan Terbaik Untuk Otak

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Hari ni saya nak berkongsi tentang 10 jenis makanan yang terbaik untuk otak kita


1. COKLAT



Kandungan antioksidan yang ditemui dalam dua atau tiga senduk coklat lebih kuat daripada antioksidan yang terdapat dalam makanan lain. antioksidan yang utama ditemui dalam coklat dikenali sebagai flavanols yang boleh membantu meningkatkan aliran darah ke otak. Secara tidak langsung jika kita mengambil coklat sebelum belajar, ia akan meningkatkan daya kefahaman serta menjadikan kita lebih fokus


2. IKAN



Ikan penuh dengan khasiat omega 3 yang sekaligus dapat mengurangkan penyakit alzheimer. Omega 3 juga menyediakan lebih banyak oksigen ke otak serta meningkatkan prestasi seseorang untuk menyimpan maklumat baru sementara masih mengingati informasi yang lama

3. SAYUR



Sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam dan lain2 adalah sangat baik untuk otak kerana mengandungi banyak vitamin seperti B6, b12, zat besi, folat yang sangat penting untuk otak


4. KEKACANG



Biji-bijian seperti kacang hazel, almond, walnut, biji bunga matahari atau kekacang yang lain penuh dengan asid lemak omega 3 dan omega 6, folate, vitamin E dan vitamin B6.  Semua nutrisi ini membantu anda berfikir dengan lebih positif. kekacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak.


5. BUAH BERI



Pengambilan buah beri seperti Blackberry, blueberry, raspberry dan strawberry yang kaya dengan antioksidan sangat baik untuk kesihatan otak. Pengambilan buah ini sehari sekali dapat membalikkan efek penuaan pada otak . Kebanyakkan beri mengandungi fisetin dan flavanoid yang sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan


6. REMPAH RATUS



Terdapat pelbagai jenis rempah ratus yang selalu kita gunakan dalam masakan seperti kari, ketumbar, jintan, kayu manis dan pelbagai lagi. Pengambilan rempah ratus ini sangat bermanfaat untuk otak dan menjadikan otak kekal segar sepanjang masa. 


7. TELUR



Telur banyak mengandungi Vitamin B12 serta lesitin dan ia dikatakan boleh mengatasi penyakit otak dan saraf. Telur juga menajamkan penglihatan manusia. Namun anda perlu ingat bahawa kolestrol yang terdapat dalam kuning telur adalah sangat tinggi. Maka pengambilannya perlu dihadkan kepada 1-2 biji sahaja sehari.


8 TEH HIJAU



Teh hijau juga bermanfaat untuk otak kerana ianya mengandungi catechin yang berguna untuk mengawal pemikiran agar sentiasa tajam dan segar. teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson

9. BIJIRIN



Beras merah, Oatmeal, roti whole grain dan gandum adalah antara kumpulan makanan jenis ini. ia bekerja untuk meningkatkan aliran darah ke otak. Makanan berbentuk bijirin ini mengandungi banyak Vitamin B6 yang mampu meningkatkan daya ingatan


10. TIRAM



tiram kaya dengan zat besi dan membantu untuk menajamkan pemikiran anda, membuatkan anda kekal fokus dan meningkatkan daya ingatan.


Pengambilan produk Shaklee juga dapat membantu memenuhi keperluan otak anda seperti mana yang terdapat dalam makanan di atas. 

Oleh itu amat-amatlah penting untuk kita mengambil supplement tambahan sekiranya kita tidak mengambil makanan-makanan tersebut.


Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi saya di 017 2412460


sharing is caring...



No comments:

Post a Comment