Showing posts with label BISNES ONLINE. Show all posts
Showing posts with label BISNES ONLINE. Show all posts

Thursday, February 16, 2017

Apa itu minda bawah sedar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari ni saya nak share tentang satu ilmu yang saya pelajari iaitu mengenai minda bawah sedar.


Apa itu minda bawah sedar?

atau bahasa omputihnya kita panggil subconcious mind.

Minda bawah sedar ni adalah aktiviti otak ketika gelombang alpha diaktifkan.

Gelombang alpha ni aktif ketika keadaan tenang, contohnya semasa bersolat, time nak tidur, time kita sedang berehat. 


Apa itu minda sedar?

Minda sedar pula adalah ketika kita melakukan sesuatu dalam keadaan sedar seperti membaca blog ni, menulis, bersukan dan sebagainya.

Kajian telah membuktikan bahawa kapasiti minda kita hanya 12 % untuk minda sedar manakala selebihnya 88 % adalah minda separa sedar. 

ini bermaksud, outcome yang terhasil daripada diri kita ini adalah 88 % datang daripada minda bawah sedar. Apa yang kita fikirkan, apa yang kita niatkan serta impian kita yang terlintas dan terpahat dalam hati itu adalah minda separa sedar. 





Saya selalu berikan contoh kepada pelajar saya. 

'Jadikan subjek Anatomy dan Physiology mudah dan menyeronokkan bagi anda. Kalau asyik cakap subjek ni susah , memang sampai bila-bila pon susah.. ' (Saya bagi contoh ni sebab saya cikgu anatomi . hehehe.. )

Setiap kali sebelum mengajar, saya akan cuba beritahu pelajar supaya anggap subjek ini sesuatu yang menyeronokkan dan ianya sangat rapat dengan kita. Iyela. Belajar pasal badan sendiri kot. Plus apa yang kita belajar itu secara tidak langsung dapat mendekatkan diri dengan Allah sebab kita belajar mengenai penciptaanNya. Subhanallah.

dan Alhamdulillah, mereka mampu terima dengan mudah. Belajar pon happy je.


So, sekarang ni saya nak cabar diri saya untuk apply minda bawah sedar ni dalam bisnes yang saya tengah buat ni. Doakan saya kaya dan berjaya. Jom sama-sama kita..

Amin...




Tuesday, January 24, 2017

DESIGN POSTER DENGAN MUDAH GUNA CANVA

Assalamualaikum..


Mak ai, dah lame betol tak menjenguk rumah blog ni. Banyak nau sawangnya.. hehehe.. 

Kebetulan, hari ni ada masa terluang sikit boleh la ubah2 sikit blog ape yg patut.. Sebelum ni busy dengan kerja hakiki.. marking paper, lecturing, task itu, ini.. huhu.. 


Baru je lepas menggodek-godek CANVA untuk nak design blog banner..


Tersangatlah senang guna Canva ni. korang boleh klik di sini, CANVA. register dulu dah boleh try godek2 jugak..


Yang tak pandai nak design blog ke, poster ke or nak buat bisnes kad pon boleh. senang citer suma ade la.. die bagi template, then kite just pilih je tema ape yang kita suka. Ubah content dan siap.! 


so, yang kat bawah ni adalah hasil keje seni den. =P




Yang ni contoh gedik-gedik buat untuk incik suami.. so, macam sweet- sweet diabetes tak.? .ekekeke..=D. Die cakap cantik...kembang hidung den..







Yang ni pulak den jadi organizer untuk bengkel next week.. so, gigih la buat poster ni. tapi alhamdulillah... cantik gak.. dah setaraf dengan designer yang lain..hehehe..



So, korang pon boleh cuba jugak.. kot2 nak buat poster Shaklee sendiri..



Selamat mencuba...