Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Thursday, February 16, 2017

Apa itu minda bawah sedar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari ni saya nak share tentang satu ilmu yang saya pelajari iaitu mengenai minda bawah sedar.


Apa itu minda bawah sedar?

atau bahasa omputihnya kita panggil subconcious mind.

Minda bawah sedar ni adalah aktiviti otak ketika gelombang alpha diaktifkan.

Gelombang alpha ni aktif ketika keadaan tenang, contohnya semasa bersolat, time nak tidur, time kita sedang berehat. 


Apa itu minda sedar?

Minda sedar pula adalah ketika kita melakukan sesuatu dalam keadaan sedar seperti membaca blog ni, menulis, bersukan dan sebagainya.

Kajian telah membuktikan bahawa kapasiti minda kita hanya 12 % untuk minda sedar manakala selebihnya 88 % adalah minda separa sedar. 

ini bermaksud, outcome yang terhasil daripada diri kita ini adalah 88 % datang daripada minda bawah sedar. Apa yang kita fikirkan, apa yang kita niatkan serta impian kita yang terlintas dan terpahat dalam hati itu adalah minda separa sedar. 





Saya selalu berikan contoh kepada pelajar saya. 

'Jadikan subjek Anatomy dan Physiology mudah dan menyeronokkan bagi anda. Kalau asyik cakap subjek ni susah , memang sampai bila-bila pon susah.. ' (Saya bagi contoh ni sebab saya cikgu anatomi . hehehe.. )

Setiap kali sebelum mengajar, saya akan cuba beritahu pelajar supaya anggap subjek ini sesuatu yang menyeronokkan dan ianya sangat rapat dengan kita. Iyela. Belajar pasal badan sendiri kot. Plus apa yang kita belajar itu secara tidak langsung dapat mendekatkan diri dengan Allah sebab kita belajar mengenai penciptaanNya. Subhanallah.

dan Alhamdulillah, mereka mampu terima dengan mudah. Belajar pon happy je.


So, sekarang ni saya nak cabar diri saya untuk apply minda bawah sedar ni dalam bisnes yang saya tengah buat ni. Doakan saya kaya dan berjaya. Jom sama-sama kita..

Amin...




Monday, January 30, 2017

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS

1. Bangun malam ( sekitar jam 3 pagi)
- _mandi dan ambil wuduk_

2. Solat sunat Wuduk.

3. Solat sunat Taubat.

4. Solat sunat Tahajjud

5. Solat sunat Hajat ( _mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak_ ).

6. Solat sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfar 100 x

8. Tahlil 300 x

9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x

10. Tasbih 40 x

11. Solat sunat Fajar.

12. Solat fardhu Subuh.

13. Baca Yassin selepas solat Subuh.

14. Solat sunat Dhuha.

15. Solat fardhu Zuhur.
- _solat sunat sebelum_
- _solat sunat selepas_

16.Solat fardhu Asar
- _solat sunat sebelum_

17. Solat fardhu Maghrib
- _solat sunat selepas_

18. Solat fardhu Isya'
- _solat sunat sebelum_
- _solat sunat selepas_

19. Sebelum tidur baca :
-   al-quran :
- _surah Al-mulk_
- _surah Sajjadah_
- _surah al-Waqiah_

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

*“Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."*

[Ustaz Ismail Kamus]

Share ilmu ini utk peringatan kita semua..


Sunday, November 6, 2016

10 TIPS BERJAYA DUNIA AKHIRAT

1. Muliakan kedua-dua ibu dan bapa

  -Sentiasa mendoakan mereka kerana doa mereka tiada hijab. Maksudnya kalau mereka mendoakan yang baik-baik buat kita, insyaAllah, baiklah kita. Jika mereka berkecil hati atau marah terhadap kita lalu mendoakan perkara yang tidak baik, maka tidak baik lah jadinya.. 


2. Sentiasa menjaga masa

Sentiasa ingat lagu Raihan yang tajuknya demi masa iaitu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

- Sihat sebelum sakit
-muda sebelum tua
-Kaya sebelum miskin
-Lapang sebelum sempit
-Hidup sebelum mati


3. Berdoa dengan khusyuk
- Sesungguhnya doa ketika 1/3 malam (pukul 3-4 pagi) adalah waktu berdoa yang paling dimakbulkan dan paling mustajab


4. Berusaha dengan niat kerana Allah

- Berjaya dan kaya dengan niat kerana Allah untuk membantu orang yang lebih susah daripada kita. Bukannya untuk bermegah-megah ataupun menunjuk-nunjuk di pandangan mata orang.


5. Jaga Kesihatan

-Mengamalkan pemakanan yang baik dan berkahsiat. Mengambil supplement
-sentiasa berpuasa banyakkan minum air dan banyakkan bergerak.


6. Hidup mempunyai matlamat

-Sentiasa tetapkan matlamat pada setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. nak lagi bagus tetapkan matlamat jangka panjang seperti 5 tahun akan datang. Anda 5 tahun akan datang adalah apa yang anda lakukan sekarang.


7. Sentiasa bersedekah 

- Belajarlah bersedekah dengan konsisten walaupun dimulakan dengan sekecil wang RM 1 seminggu. Paling afdal bersedekah di hari Jumaat. Kalau nak sedekah hari-hari lagi bagus.. hehehe...


8. Sentiasa menjaga waktu solat.

-Solat di awal waktu adalah paling disukai oleh Allah


9. Berani berjumpa orang ramai dan bersosial 

-Namun begitu perlu menjaga batas-batas syarat yang telah ditetapkan seperti tidak bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan.


10. Apabila ditimpa musibah, perlu bertenang, sentiasa bersangka baik dengan Allah.

-Apabila penat jangan mengeluh. Penat bermakna anda masih mampu melakukan kerja dan masih mempunyai pekerjaan. Maka, bersyukurlah,...


salam sayang..

nina








10 TIPS BERJAYA DUNIA AKHIRAT

1. Muliakan kedua-dua ibu dan bapa

  -Sentiasa mendoakan mereka kerana doa mereka tiada hijab. Maksudnya kalau mereka mendoakan yang baik-baik buat kita, insyaAllah, baiklah kita. Jika mereka berkecil hati atau marah terhadap kita lalu mendoakan perkara yang tidak baik, maka tidak baik lah jadinya.. 


2. Sentiasa menjaga masa

Sentiasa ingat lagu Raihan yang tajuknya demi masa iaitu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

- Sihat sebelum sakit
-muda sebelum tua
-Kaya sebelum miskin
-Lapang sebelum sempit
-Hidup sebelum mati


3. Berdoa dengan khusyuk
- Sesungguhnya doa ketika 1/3 malam (pukul 3-4 pagi) adalah waktu berdoa yang paling dimakbulkan dan paling mustajab


4. Berusaha dengan niat kerana Allah

- Berjaya dan kaya dengan niat kerana Allah untuk membantu orang yang lebih susah daripada kita. Bukannya untuk bermegah-megah ataupun menunjuk-nunjuk di pandangan mata orang.


5. Jaga Kesihatan

-Mengamalkan pemakanan yang baik dan berkahsiat. Mengambil supplement
-sentiasa berpuasa banyakkan minum air dan banyakkan bergerak.


6. Hidup mempunyai matlamat

-Sentiasa tetapkan matlamat pada setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. nak lagi bagus tetapkan matlamat jangka panjang seperti 5 tahun akan datang. Anda 5 tahun akan datang adalah apa yang anda lakukan sekarang.


7. Sentiasa bersedekah 

- Belajarlah bersedekah dengan konsisten walaupun dimulakan dengan sekecil wang RM 1 seminggu. Paling afdal bersedekah di hari Jumaat. Kalau nak sedekah hari-hari lagi bagus.. hehehe...


8. Sentiasa menjaga waktu solat.

-Solat di awal waktu adalah paling disukai oleh Allah


9. Berani berjumpa orang ramai dan bersosial 

-Namun begitu perlu menjaga batas-batas syarat yang telah ditetapkan seperti tidak bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan.


10. Apabila ditimpa musibah, perlu bertenang, sentiasa bersangka baik dengan Allah.

-Apabila penat jangan mengeluh. Penat bermakna anda masih mampu melakukan kerja dan masih mempunyai pekerjaan. Maka, bersyukurlah,...








Sunday, August 2, 2015

KELAS BISNES MR.KELMEN YANG BEST!

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Pada 1 Ogos 2015 yang lepas, saya pertama kali menjejakkan kaki ke Shaklee Sri Rampai untuk menghadiri kelas bisnes bersama Mr. Kelmen iaitu Vice President Shaklee Malaysia. Sesat-sesat jugak la nak sampai ke sana. Namun dalam hati, saya sentiasa berdoa agar urusan dan perjalanan saya dipermudahkan. 

Selalu En. husband yang hantar, tapi hari tu die ada kursus haji perdana di Melaka. so, saya kuatkan semangat untuk pergi seorang diri dengan tak tahu jalan dan ditemani si kecil berusia 6 bulan di dalam kandungan. Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, tepat jam 10 pagi saya pun sampai. Walaupun terlambat 30 minit, namun saya masih berpeluang untuk duduk di barisan kedua. Alhamdulillah, rezeki ibu mengandung nak menuntut ilmu barangkali. Hehe..

First Impression saya terhadap Mr. Kelmen adalah walaupun dia seorang Chinese, tapi cara percakapan, butir-butir kata yang keluar daripada mulutnya banyak mengajak kita ke arah yang islamic. 

Terkejut jugak saya bila sepanjang ucapannya, beberapa perkataan seperti InsyaAllah, Alhamdulillah.. Istiqamah.. ade lagi la,.. tapi saya dah lupa.. hehe.. dalam hati saya berkata, bagusnya die ni. walaupun orang cina, tapi die begitu yakin dengan tuhan, orang islam pun ade yang x macam die. huhu..

Banyak tips-tips serta ilmu yang disampaikan oleh beliau kepada kami semua..

Antaranya ialah:

1. Konsep Amal, Kongsi dan Bina.

Di dalam apa jua perniagaan, tidak kiralah pakaian, makanan, produk kesihatan kosmetik dan sebagainya, perkara pertama sekali adalah kita perlu mengamalkan produk itu sendiri. setelah menggunakannya dan yakin akan kelebihannya, barulah kita akan yakin untuk dikongsikan kepada pengguna lain. Ketika ini, beliau ada menyebut tentang Law of Vibration. 

Apa itu Law of Vibartion?


Kalau ditranslatekan maksudnya adalah hukum getaran.


Law of Vibration

Konsep Law of Vibration ini sangat-sangat penting dalam melakukan teknik kongsi kepada orang lain.

Jika apa yang dikongsikan oleh kita hanyalah bertunjangkan akal dan fakta semata-mata, maka orang yang mendengar dan menerima apa yang disampaikan oleh kita hanyalah akan sampai setakat akal fikiran sahaja .

Namun jika apa yang ingin kita kongsikan itu benar-benar kita rasai, jiwai dan menghayati apa yang ingin disampaikan, maka orang yang mendengar kata-kata kita itu turut terkesan dan menusuk ke dalam jiwa. 

Setiap anggota seperti mata, mulut, mimik muka, tangan dan badan semuanya seolah-olah merestui apa yang diperkatakan tadi. 

Sebagai contoh, pernah tak kita berhadapan dengan orang yang menipu di hadapan kita? (saya selalu berhadapan dengan student yang slalu menipu,. so, tau la sikit-sikit body language orang yang menipu tu.. hehe)

Mereka yang menipu butir kata yang keluar dari bibir adalah seperti tidak meyakinkan, dan mata mereka akan cuba mengelak pandangan mata kita? tahu x kenapa? 

Sebab, menipu itu adalah sesuatu perbuatan yang tidak baik. seluruh anggota tubuh badan seolah-olah tidak merestui apa yang si penipu itu cuba perkatakan. betul x? 
Eh, udah jauh bebeno citenye. Hehe



2. Sharing, Sponsor and Service (3S)

3S ini adalah konsep yang paling asas dalam bisnes Shaklee. Sharing yang berkesan hanya mampu dihasilkan sekiranya kita benar2 arif, mahir dan menjiwai setelah menggunakan produk tersebut. Niat di hati perlulah ikhlas untuk membantu orang dan bukan hanya semata-mata mengejar UV n RM. 

Percayalah, dengan penyampaian yang ikhlas dari hati, sedikit-sebanyak akan menjentik hati si pendengar untuk mencuba produk tersebut tanpa perlu kita memaksa mereka untuk membelinya. 

Dan setelah seseorang itu menjadi sebahagian daripada organisasi ataupun menjadi pelanggan kita, konsep follow up perlu diteruskan untuk memastikan mereka tidak terabai dan terkontang kanting tanpa panduan daripada kita. service kene tip top meh..

Apa yang saya perhatikan, kebanyakkan perniagaan MLM yang lain tidak menitik beratkan soal ini. Setelah mereka mendapat benefit daripada downline, mereka tidak memberi tunjuk ajar yang sepenuhnya malahan seolah-olah memaksa downline. ini sangat2 tidak patut. huhu..

3. Kepercayaan


Sebagai seorang islam, kita sepatutnya merasa beruntung kerana sejak kecil lagi kita telah dididik untuk mempercayai bahawa tuhan itu ada dan maha pengasih dan penyayang. Kebergantungan terhadap Allah S.W.T terhadap rezeki perlu dipegang kuat. 

Nabi S.A.W juga pernah bersabda bahawa 9 daripada 10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Tetapi kenapa tidak ramai orang islam yang melibatkan diri dalam perniagaan? Perniagaan di negara kita majoritinya dipegang oleh kaum cina. Bererti orang cina lebih menghayati hadis Nabi S.A. W kita ini. Subhanallah. Ini peringatan untuk diri saya juga.. huhu

4. Kenali potensi diri

Setiap manusia itu Allah sudah jadikan mempunyai keistimewaan masing-masing. Cuma kita ini yang terlalu takut untuk berhadapan dengan kegagalan, kekecewaan serta penolakan daripada orang lain. 

SO, petua untuk mengetahui sejauh mana potensi diri kita itu hanyalah dengan cara kita mencuba. Bak kate orang tu, ' REDAH JER'.. haha.. barulah kita tahu sejauh mana kebolehan dan kemampuan kita dalam melakukan sesuatu perkara. Belom cuba belom tahu. 


5. Create BIG WHY 

Part yang ni memang buat saya nangis..huhu..

untuk berjaya dalam periagaan, kita memerlukan PUSH FACTOR.

Setiap orang mempunyai cerita di sebalik tabir hidup masing2. Kenapa mereka perlu berjaya?

Yang paling menyentuh hati saya, Mr. Kelmen cakap, jadikanlah setiap ujian itu sebagai satu anugerah dan hikmah untuk kita lebih terus berusaha untuk berjaya. 

Memang kebetulan pada waktu itu saya mendapat berita yang menyedihkan saya. Kata-kata Mr. Kelmen seolah-olah memberikan saya pengharapan yang baru, persepsi dan pandangan yang baru terhadap apa yang telah menimpa saya pada ketika ini. 

Masyaallah.. terima kasih Ya Allah kerana menggerakkan hatiku untuk datang ke Majlis tersebut. Benarlah, setiap ujian pasti ada hikmahnya.. 

Mungkin perkara tersebut akan menjadikan ianya sebagai salah satu BIG why saya untuk terus bergerak maju dalam Shaklee. 

Doakan saya.. Insyaallah...



Habis je sesi terus bergambo. Saya mak buyong dok kat barisan depan skali. hehe..





Tuesday, July 28, 2015

JIKA MENGHARAPKAN SESUATU, JANGAN PUTUS BERDOA (CERITA PENDEK)


Seorang pakar bedah terkenal tergesa-gesa menuju airport. Beliau merancang untuk menghadiri seminar dalam bidang kedoktoran, yang akan membahas penemuan terbesarnya di bidang perubatan.

Setelah pesawatnya terbang dalam sejam, tiba-tiba diumumkan bahawa penerbangannya mengalami gangguan dan harus mendarat di lapangan terbang terdekat.

Beliau menghampiri ruang penerangan dan berkata, "Saya ini doktor pakar, tiap minit nyawa manusia bergantung kepada saya, dan sekarang awak meminta saya menunggu pesawat ni untuk dibaiki sampai 16 jam?"

Pegawai Penerbangan menjawab, "Assalamualaikum doktor, saya mohon maaf, jika Dr nak cepat, Dr boleh guna kereta, tempat yang Dr nak pergi ni pun tak jauh dari sini, dalam 3 jam insyaAllah sampai."

Dr ini pun setuju dengan cadangan pegawai tersebut dan berjaya mengambil sebuah teksi. Ketika beliau baru bertolak kira-kira baru 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung, disusuli dengan hujan lebat dan ribut petir yang menyebabkan jarak pandangan sangat pendek ketika memandu.

Setelah hampir 2 jam perjalanan dengan teksi tadi, pemandu teksi tersebut baru tersedar mereka telah sesat dan terasa kepenatan. Tak jauh dari situ, terlihat sebuah rumah kecil di hadapannya, mereka menghampiri rumah tersebut dan mengetuk pintunya. Terdengar suara seorang wanita tua, "Silakan masuk, siapa ya?" Pintu pun dibuka.

Dr tadi meminta kepada wanita tua tersebut untuk duduk berehat dan mahu meminjam telefonnya. Wanita tua itu tersenyum dan berkata, "Telefon apa nak? Anak tak sedar ke kat mana ni sekarang? Kat sini memang takde elektrik, apalagi telefon. Tapi masuklah dulu silakan duduk dan berehatlah sekejap, sekejap lagi makcik buatkan teh dan biskut untuk anak. Bagi badan tu segar balik."

Dr tu mengucapkan terima kasih kepada wanita tua ni, lalu menjamah hidangan yang diberikan. Sementara makcik tu solat dan berdoa, Dr perlahan-lahan mendekati seorang anak kecil yang terbaring tak bergerak di atas tilam di sisi ibu tersebut. Ibu tersebut melanjutkan solatnya dengan doa yang panjang.

Dr menghampiri makcik tersebut dan berkata, "Demi Allah, makcik telah buat saya kagum dengan keramahan makcik dan kemuliaan akhlak makcik, semoga Allah menjawab doa-doa makcik."

Makcik tu berkata, "Nak, anak adalah seorang musafir yang sudah diwasiatkan Allah untuk dibantu. Doa-doa makcik dah dijawab Allah semuanya, kecuali satu."

Bertanya Dr tu, "Apa satu doa makcik yang Allah belum jawab tu?"

Makcik berkata, "Budak kecil yang terbaring ini adalah cucu makcik, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak boleh sembuh oleh doktor-doktor yang ada di sini. Mereka berkata kepada saya ada seorang doktor pakar bedah yang akan mampu menyembuhkannya, katanya namanya Dr Ishan, tapi dia duduk jauh dari sini, yang tak mungkin makcik mampu bawak cucu makcik ni ke sana, dan makcik risau kalau terjadi apa-apa masa dalam perjalanan nanti. Sebab tu makcik berdoa kepada Allah agar Allah memudahkannya."

Menangis Dr tadi dan berkata, "Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa makcik telah membuatkan pesawat yang saya naik rosak dan kena dibaiki dalam waktu yang sangat lama serta doa makcik membuatkan hujan petir dan menyesatkan kami. Hanya untuk menghantarkan saya kepada makcik secara cepat dan tepat. Sayalah Dr Ishan, sungguh Allah telah menciptakan semua kejadian seperti ini kepada hambaNya yang mukmin dengan doa. Ini adalah perintah Allah kepada saya untuk mengubati cucu makcik ni."

Kesimpulannya orang alim bagi tahu, "Jangan sesekali berhenti berdoa sampai Allah menjawabnya."

Hanya Allah Maha Mengetahui

Sunday, July 26, 2015

TRANSFORMASI ALI SETAN KEPADA SEORANG YANG WARAK

Kecik2 dulu saya suka jugak tengok cite Ali setan. Ala, cite lakonan Azmil Mustapha dengan Kak Ogy Ahmad Daud tu.. 

Tapi siapa sangka hidayah Allah telah mengubah hidup beliau 200% kepada kehidupan yang sangat diredhai Allah. 

Saya share kan di sini agar kita dapat mengambil iktibar dan di jadikan pengajaran serta motivasi kepada diri kita semua..



Masa Raya Pertama Tahun Ini, Filem Ali Setan ditayangkan. Filem tahun 1985. Teringat catatan saya mengenai Azmil Mustapha di blog saya tahun 2010. 

Repost 5 tahun kemudian di FB.

-------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, hari ini kami dapat mendengar kuliah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmil Bin Dato' Mustapha atau dulu pernah dikenali sebagai Ali Setan. Beliau kini sedang belajar di Syria dan pulang seketika ke tanahair. Kami sempat menjemput beliau untuk memberi tazkirah di surau pejabat kami. Janggutnya sudah putih melepak dan panjang.

Pada permulaan, beliau menceritakan bagaimana dia menjadi baik. Saya pernah membaca artikel yang sewaktu dia menjadi artis , apabila pulang ke rumah beliau suka menonton bacaan Al-Quran dan terjemahan di TV1 setiap malam sebelum siaran TV tamat. Rasanya bacaan itu tiada lagi sekarang. Hal ini tidak pula diceritakan pada hari ini.

Menurut beliau dia mula ingin menjadi baik apabila berkunjung ke New York untuk menghadiri bengkel perfileman selama 3 bulan. Beliau merancang untuk tinggal di rumah kawannya di New York. Beliau berjanji untuk pergi ke sana pada hari Jumaat tetapi oleh kerana terlalu excited, beliau ke sana pada hari Selasa. Kawannya tidak bersedia menerima beliau kerana sepatutnya beliau hadir pada hari Jumaat. Tanpa tempat tuju, beliau menaiki teksi dan menyatakan ingin ke New York.

"New York besar tuan, ke mana ?" tanya pemandu teksi berbangsa Pakistan.
"Saya tidak tahu.." jawab Ali Setan.
"Kau ni Orang Islam ke? tanya pemandu teksi.
"Ya. Islam" jawab Ali Setan.
"Kalau aku bawa kau ke Masjid, ok? tanya pemandu.
"Boleh juga" balas Ali. "Walaupun di Malaysia jarang-jarang ke masjid, di New York ke masjid pula", kata Ali di dalam hati.

Oleh kerana pada masa itu sudah masuk waktu solat, Si pemandu teksi juga solat di masjid. Ali juga turut sama. Akhirnya Ali dapat menumpang tidur di masjid di New York selama beberapa malam. Beliau turut solat di sana. Beliau berfikir, bila pulang ke Malaysia nanti beliau ingin berubah menjadi baik. Inilah antara titik perubahan beliau.

Untuk perkongsian ilmu pada hari ini. Beliau berkongsi tujuh perkara yang sunnah yang beliau sendiri telah amalkan. Ianya adalah :

1. Solat Tahajud.
Ustaz Azmil mula solat tahajud apabila terpaksa menjaga anaknya ketika usianya 4 bulan. Ketika itu beliau bercerai dengan isterinya. Anaknya suka bangun pada pukul 3 pagi. Beliau mengambil kesempatan untuk solat tahajud dan merasa nikmat solat tersebut.

2. Membaca Al-Quran
Sewaktu waktu dahulu beliau tidak pandai membaca Al-Quran. Pada masa itu beliau tidak hafal Al-Fatihah. Beliau terpaksa menulis Al-Fatihah dalam tulisan rumi jika ingin solat. Alhamdulillah beliau kini telah hafal banyak surah.

3. Solat Berjemaah di Masjid
Beliau cuba solat 40 waktu di masjid. Banyak dugaan yang dihadapi seperti selepas 30 waktu ada bermacam-macam perkara berlaku seperti birthday mak beliau, sepupu kahwin dsb. Akhirnya beliau berjaya solat 40 waktu dan sekarang tetap melakukannya.

4. Solat Dhuha
Dhuha sebagai anak kunci rezeki. Ustaz Azmil pernah menyimpan sebanyak RM3 juta sewaktu menjadi artis. Duit berkenaan habis dalam masa 2 tahun sahaja. Ketika pergi ke Syria, beliau sudah mengamalkan solat Dhuha. Duitnya habis selepas 3 bulan setengah, namun rezeki beliau dan keluarga di sana tidak pernah putus. Beliau telah pulang ke Malaysia sebanyak 7 kali dalam masa 3 1/2 tahun. Tidak termasuk ke tempat lain seperti London, Brussel, Dubai, etc.

5. Bersedekah
Adat di Syria ialah guru akan memberi makan atau barang kepada anak murid. Ustaz Azmil mengajar bahasa Inggeris di sana kerana beliau fasih berbahasa Inggeris. Selepas kelas di rumah beliau, anaknya akan memasak makanan. Pada suatu hari selepas memasak, semua bahan makanan seperti beras, ayam, dsbnya habis. Alhamdulillah keesokan harinya ada orang menghantar seguni beras dan bahan-bahan masakan lain.

6. Sentiasa Berwuduk
Apabila berwhuduk, malaikat akan berdoa meminta keampunan ke atas orang yang berwudhuk.

7. Sentiasa Beristighfar ke Allah
Selalulah meminta ampun dan bertaubat kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Semoga bermanfaat.


kalau nak baca post yang original boleh klik di sini.


Thursday, June 11, 2015

JUTAWAN SENYAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni, saya nak share tentang satu buku ni. Tajuknya, 'Menjejaki Jutawan Senyap'.
Cover depan buku pon tunjuk gambar selipar capuk je.



First impression saya terhadap buku ni, mesti penulis ni cerita tentang orang2 yang dah berjaya tapi penampilannya biasa2 aja.. kalau sekali tengok macam orang biasa2, tapi duit dalam simpanan dah cecah juta2.. rupa2nya tekaan saya tepat sekali..

Actually, saya dah lama khatam baca buku ni. Tapi bile dok ngemas2 tetiba terjumpa buku ni. So, saya rasa macam nak share kat semua orang. Memang best buku ni. Lepas je abis baca buku ni, semangat nak berniaga tu tetibe jadi berkobar kobar. Hehe..

Nabi kite SAW, pun pernah berkata, 9 daripada 10 punca rezeki adalah dari perniagaan. So, x salah kalau kita nk mencuba kan..

Terus terang saya cakap, saya bukan daripada keluarga yang memperjuangkan perniagaan. Kalau suruh menjual tu memang semua orang akan elak2. Hehe..

Tapi lepas baca buku persepsi saya terhadap perniagaan berubah 200%.  Tak kisah la berniaga apa. Kalau bersungguh2 insyaallah pasti berjaya. Dalam buku ni ada menceritakan tentang orang yang berniaga aiskrim, berniaga keropok, berniaga cakoi pada akhirnya berjaya.. nampak perniagaan macam ni, biasa2 sahaja, tapi akhirnya mereka mampu bergelar jutawan. memang teruja sangat..

Ingat,! orang yang berniaga biasa2 macam kat pasar malam tu, sebenarnya mungkin lebih kaya berbanding kita yang makan gaji ni.. nampak luaran orang yang makan gaji ni lebih bergaya, kemas, keje kat dalam air cond sebenarnya mungkin status kewangannya kura g berbanding mereka yang keje berniaga kat pasar malam.

Maaf kalau orang yang makan gaji marah akan saya, ini cuma pendapat saya sahaja sebab saya pon seorang yang makan gaji.

Dan di akhir mukasurat buku ini, penulis (pak kiai), ada membuat rumusan seperti di bawah.



Nampak tak. Disebabkan itu jugaklah, saya menguatkan nekad untuk terus menceburi perniagaan Shaklee kerana saya yakin perniagaan ubatan dan barangan kesihatan insyaallah akan sentiasa mendapat permintaan seperti mana yang telah dinyatakan oleh penulis dalam buku tersebut.

Saya berharap agar segala yang saya kongsikan ini akan memberi manfaat kepada pembaca yang membacanya..

Sekian terima kasih.

Sharing is caring..


Monday, May 18, 2015

NIKMAT KESIHATAN

Assalamualaikum w.b.t

Nikmat kesihatan adalah merupakan nikmat yang tidak ternilai harganya. Bagi mereka yang sihat, perkara ini mungkin nampak tidak penting bagi mereka. Namun bagi mereka yang sakit, nikmat sihat itu ibarat mahkota yang paling berharga.

Saya masih ingat lagi kata-kata Prof Dr Muhaya...

' Ramai di kalangan kita yang sangat berkira-kira tentang makanan yang mereka makan. Barangan makanan yang mahal sudah pasti kualiti makanan tersebut adalah baik. Makanan yang baik adalah baik untuk tubuh badan kita. Kita sepatutnya jangan berkira kerana tubuh badan kita yang dikurniakan oleh Allah tidak ternilai harganya..'

Sentap juga saya baca.. sebab saya ni agak berkira jugak orangnya...hehe..

Post di bawah ini pun di ambil daripada page Prof Muhaya. 




Kata-kata beliau di atas memang membuatkan saya merasa terkesan. Duit boleh dicari tetapi kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

#SEBARKAN KEBAIKAN, KECAPI KEBAHAGIAAN..


Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai produk Shaklee, anda boleh hubungi saya di 0172412460

Thursday, May 7, 2015

TIPS KEBAHAGIAAN ANAK

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
- Prof. Dr. Muhaya

Thursday, April 23, 2015

SEDEKAH JUMAAT

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di pagi jumaat ni. hari ni dah masuk 5 Rejab. Cepat sungguh masa berlalu. hmm, hari ni jugak terdetik untuk saya nak start sedekah setiap hari jumaat. moga2 niat ini akan berterusan dan harap2nyer istiqamah dalam melakukannya. insyaallah...


Sunday, February 12, 2012

Makanan Hati..

Hmm...entah kenape pulak tetibe mlm nie rase mcm rajin plk nak menulis kat blog yg baru dibersihkan nie... Mungkin seiring dengan pembersihan hati agaknyer,...hehe..
Saje je nak share.. Haritu ade dengar ceramah motivasi kat radio ikim.. Time tu ustaz tu explain tentang makanan hati..Ustaz tu ckp, badan kite nie terdiri dari 2 bahagian. Satu fizikal lagi satu spiritual.. Setiap satu bahagian tu perlukan makanan.. Ynag kite dok suke sangat makan McD, KFC, Secret Recipe and macam2 lagi la... (keluar air liur jap.hehe...) So, itu sume adalah makanan untuk tumbesaran fizikal badan kite sendiri.. setiap unsur makanan yang kite makan tu adalah berasal dari tanah. Kalau refer balik kat dalam ayat Al-Quran, mmg ade ckp yang tubuh manusia adalah dari tanah.. Kalau kite kaji dr sudut sains, mmg x dinafikan, badan kite mengadungi unsur2 garam mineral macam magnesium, kalsium,. Untuk memenuhi keperluan tu, kite kene la ambil makanan yang mengandungi unsur tu. selalunyer mestila kite kene makan sayur2an or sumber dr haiwan. both of them jgk asal usul dr tanah.. yela, pokok amek sumer nutrient tu dari tanah..pastu, lembu ke, kambing ke pon mkn tumbuhan dr tanah.. so, bile kite makan sayur or daging, kiter jgk mengambil unsur dr tanah la kan... logik kan2..



lagi satu bahagian iaitu spiritual. Macam tubuh badan fizikal jgk, dier perlukan makanan. Tapi, dier x makan Mc D or Secret Recipe, tapi perlukan zikrullah, ayat2 suci Al Quran dan doa.. mungkin ramai masyarakat sekarang nie yang mmg kekurangan ataupun kelaparan terus zat makanan untuk hati. Bile dengar jer mcm tu, terus terase tertepek kat batang hidung sendiri. huhu... Same2 kite muhasabah diri yer... Insyaallah....Insyaallah..bak kate Maher Zain..