Monday, May 25, 2015

KENALI PUNCA-PUNCA SUKAR UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT


Setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sememangnya ingin mempunyai zuriat mereka sendiri. Namun ada di kalangan pasangan yang masih lagi tidak menerima anugerah Allah ini walaupun telah berkahwin bertahun-tahun lamanya. Sebagai seorang hambanyaNya, kita seharusnya berusaha untuk mendapatkan zuriat serta meneliti apakah punca-punca bagi wanita yang sukar mengandung. 


Di sini saya senaraikan beberapa faktor yang menyumbang kepada sukarnya untuk memperolehi zuriat. Antaranya ialah:

1. Hubungan intim suami isteri di luar waktu kesuburan

Setiap wanita harus peka mengenai kitaran haid yang dialami olehnya pada setiap bulan. waktu subur di sini adalah merujuk kepada waktu di mana ovum dilepaskan oleh ovari sekitar hari ke -15 haid. ovum ini akan dilepaskan ketika paras hormon peluteinan (luteinizing Hormone) adalah di paras yang maksimum.  Hubungan suami isteri adalah digalakkan antara hari ke 15 - hari ke-20  untuk memperolehi zuriat.




2. Tekanan dipejabat atau tekanan dalam kehidupan

Mereka yang sentiasa menghadapi tekanan dan tidak mampu menangani tekanan dengan sebaik mungkin akan menjejaskan kesihatan dan juga sukar untuk memperolehi anak. 

Saya mempunyai seorang teman rapat yang dahulunya bertugas sebagai seorang pegawai sains selama setahun dan beliau baru berkahwin. Sepanjang tempoh perkhidmatannya pada ketika itu, terlalu banyak bebanan kerja yang dihadapi sehingga mengganggu sistem fisiologi dan ketidakseimbangan hormon. sepanjang tempoh itu juga, beliau memang ingin memperolehi zuriat namun gagal. 

Setelah setahun berlalu, beliau telah bertukar kerja dan di tempat kerja baru ini, situasinya lebih tenang, masa lebih fleksibel dan bebanan kerja yang tidak keterlaluan. Tidak lama selepas itu saya mendapat perkhabaran dari beliau di mana beliau telah mengandung. syukur alhamdulillah. 

3. Masalah hormon tidak stabil

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada ketidakstabilan hormon. Antaranya ialah, persekitaran yang tidak sihat, senantiasa stress (tempat kerja, rumah atau tugasan pelajar), pemakanan yang tidak menentu dan tidak sihat. 

Produk GLA shaklee adalah berfungsi untuk menstabilkan hormon. Bila hormon dah stabil, baru la senang nak pregnant. hehe..

4. Amalan pemakanan yang tidak sihat

Makanan pada waktu kini terlau tinggi kandungan bahan kimia. Makanan yang mempunyai pewarna serta bahan pengawet mengandungi bahan kimia. sayur-sayuran serta buah buahan turut mengandungi bahan kimia racun perosak. Oleh itu, amatlah digalakkan sebelum makan, basuh dahulu buahan serta sayuran tersebut.

Melalui pemerhatian saya, pada waktu kini segala-galanya ingin pantas, contohnya fast food. Pengambilan fast food berlebihan juga tidak digalakkan kerana makanan ini mengandungi tinggi bahan pengawet. 

Kekangan masa menyebabkan ramai orang masa kini tidak mampu untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang. Oleh itu jika anda mengambil supplement tambahan Shaklee, anda sebenarnya dapat memenuhi keperluan tubuh badan anda yang tidak dapat anda perolehi melalui makanan-makanan yang fresh seperti sayuran dan buahan.

Adalah sangat sangat sangat penting bagi mereka yang ingin mempunyai zuriat untuk memastikan keperluan tubuh badan dipenuhi untuk membina sel-sel baru serta menyeimbangkan hormon dalam badan. SET KESUBURAN SHAKLEE adalah lengkap untuk memenuhi keperluan tubuh badan di samping memberi persediaan kepada tubuh badan untuk menerima insan baru.


5.Merokok

Perkara ini khusus ditujukan buat kaum suami. Bagi saya, tidak ramai wanita Malaysia yang merokok. Tetapi bagi kaum adam, dimana-mana sahaja ada yang merokok. Saya cukup pantang mereka yang merokok di tempat awam. Kesan bagi penghidu asap rokok adalah sama seperti orang yang merokok. 

Terdapat banyak keburukan merokok antaranya , meningkatkan risiko penyakit jantung, risiko mati pucuk, risiko strok dan sebagainya. Saya x tipu. Kalau tidak percaya boleh rujuk maklumat di SINI

kalau perasan, gambar kat atas ni selalu kita nampak kat kotak rokok kan? Tapi x taula kenapa perokok-perokok tegar ni x de kesedaran sivik langsung..huhu..sedih..

Bagi perokok-perokok yang berniat untuk berhenti tetapi gagal, mungkin anda boleh mencuba produk Vivix Shaklee. Anda boleh lihat sendiri di SINI.

6.Terlalu banyak bergantung pada ubat-ubatan. Contohnya ubat darah tinggi dan pil penenang


7. Kerap berada di kawasan yang tercemar

Walaupun tidak merokok secara terus, tetapi jika kita berada di kalangan perokok-perokok, asap rokok yang mengandungi pelbagai jenis toksin boleh memasuki ke salur pernafasan serta menyerap masuk ke dalam sel-sel seterusnya disebarkan ke seluruh badan. Toksik ini akan mengganngu aktiviti fisiologi normal seorang manusia termasuklah dalam ketidakseimbangan hormon dalam sistem pembiakan.

Selain daripada itu juga, mereka yang tinggal di kawasan bandararaya yang penuh dengan asap kenderaan juga mempunyai potensi yang sama berbanding mereka yang tinggal di kawasan pendalaman.  Sebab itu nenek moyang kita dulu ramai anak. sebab mereka duduk di kawasan yang fresh air..hehe..

8.Berat badan yang tidak ideal. Terlebih gemuk atau sangat kurus

Berat badan yang berlebihan juga mampu menyumbang kepada kesukaran untuk mendapatkan zuriat. Ini adalah kerana mereka yang mempunyai lapisan lemak yang berlebihan akan menghimpit salur peranakan dan kemungkinan menyebabkan salur tersebut tersumbat. 

Apabila salur terhimpit, ini akan menyukarkan proses perjalanan sperma untuk sampai ke fallopian tiub atau menghalang perjalanan ovum ke uterus. 


Itulah antara-antara faktor yang menyumbang kepada kesukaran untuk memperolehi zuriat yang boleh saya kongsikan bersama pembaca. Mereka yang mempunyai masalah seperti di atas tadi boleh merujuk kepada doktor yang bertauliah untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut. Selain daripada itu, jangan dilupa kuasa doa kepada Allah S.W.T. kerana Allah adalah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha pemberi rezeki. Janganlah berputus harap padaNYa. Insyaallah, mana tahu doa anda akan dimakbulkan. amin..

sekiranya berminat untuk mencuba SET Kesuburan shaklee, anda boleh hubungi saya di 017 2412460.

#sebarkankebaikanciptakebahagiaan
#shakleebest


No comments:

Post a Comment