Thursday, July 9, 2015

FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT KENCING MANIS

Kencing manis adalah merupakan penyakit yang sangat popular di Malaysia. Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana kadar gula yang tinggi dalam darah.

 Mereka yang normal berupaya menurunkan kadar gula walaupun selepas makan banyak makanan yang manis. Ini adalah disebabkan orang normal masih berupaya menghasilkan hormon insulin yang membantu menukarkan gula yang berlebihan dalam badan kepada glikogen dan disimpan dalam hati. 

Gambar di bawah menunjukkan perhubungan antara paras gula serta rembesan insulin serta glukagon daripada pankreas.





Namun, bagi penghidap kencing manis, organ pankreas mereka tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi menyebabkan gula yang berlebihan dalam badan tidak dapat diturunkan kepada glikogen, menyebabkan paras gula akan menjadi tinggi daripada kebiasaannya. 

Mengapa pesakit kencing manis tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang secukupnya??

terdapat beberapa faktor yang menjadi punca penyakit kencing manis ni. Antaranya ialah, 

1. Faktor keturunan

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis mempunyai potensi untuk mendapat keadaan yang sama. Ini boleh dikaitkan dengan faktor genetik di mana sel-sel yang bertanggungjawab untuk menghasilkan hormon insulin berkemungkinan adalah tidak normal.


2. Pemakanan yang tinggi kandungan gula dan lemak

Pemakanan yang tinggi kandungan lemak dan gula akan menyebabkan bebanan kepada pankreas untuk menghasilkan insulin. Pertambahan bebanan ini menyebabkan panckreas gagal berfungsi dan menyebabkan kencing manis.


3. Obesiti

Obesiti atau bahasa mudahnya lebihan berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan diabetis. hampir 80% mereka yang menghidap Diabetis adalah dalam golongan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan.


4. Kondisi tertentu di kalangan wanita

Wanita sentiasa mengalami ketidakseimbangan hormon. Ketidakseimbangan ini boleh dialami ketika kedatangan haid dan fasa mengandung. Dikatakan wanita yang menghadapi masalah Gestational Diabetis Mellitus (GDM) iaitu kencing manis ketika mengandung akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit kencing manis selepas itu berbanding wanita yang tidak mengalami GDM ketika mengandung. 


TIPS NAK NAMPAK KURUS DALAM GAMBAR

Assalamualaikum semua.. 

Lagi seminggu nak rayer ni... Mesti la korang tgh sibuk2 nak buat persiapan raya, kuih raya, baju raya, jalan raya..eh.. hehe..

Kat sini saya nak bagi satu tips yang sangat2 berguna untuk uolls apply mase time raye nanti. Ye la, mesti nanti masing-masing sibuk nak bergambar di pagi raya kan.. nak selfie lah, welfie lah.. afer lah.. eh...hehe..

gi mana caranya mau kelihatan kurus ketika bergambar di hari raya..hehe

Sape nak tau, meh kite kaji gambo kat bawah ni..

Biarlah gambar sahaja yang berkata-kata...





hah....nampak kurus x?


Selamat mencuba... ngee. ngee.. =D



Wednesday, July 8, 2015

CECAIR AJAIB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Alhamdulillah., kita sudah semakin hampir menuju ke penghujung Ramadhan.,, Diharap pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Bulan ni merupakan promosi VIVIX Shaklee.. Tajuk cecair ajaib di atas yang saya maksudkan adalah VIVIX la..

Kenapa saya cakap ianya cecair ajaib?? 

Sebabb.......

Terlalu banyak manfaat yang kita boleh perolehi dengan pengambilan VIVIX ni. Saya buat statement ni bukan saja2 tau... Tapi ini adalah realiti di mana ramai pengguna yang dah ambil vivix ni, sembuh daripada kesulitan yang mereka hadapi.


Antara manfaat VIVIX ni adalah:

2. Mengawal Kencing manis
3. Darah tinggi
4. Badan berasid
5. Resdung
6. Keputihan berbau
7. Mengawal kolesterol
8. Strok
9. Gout
10. Bersalin Cesaran
11. Meningkatkan kesuburan
12. Merawat mati pucuk
13. Arthritis
14. Endometriosis
15. Ulcer perut
16. Jeragat
17. Eczema
18. Jerawat
20. Obesiti
21. Tibi
22. Lemah tenaga batin
23. Resdung
24. Vertigo
25. Bisul
26. Cyst ovary

Anda boleh klik di link atas untuk melihat testimoni pengguna yang telah menggunakan vivix dan kesan positif yang mereka terima setelah mengamalkan vivix



Wednesday, July 1, 2015

TESTIMONI SET BERSALIN SHAKLEE

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Semoga pembaca sentiasa berada dlam keadaan sihat walafiat hendaknya. Entry kali ini saya akan berkongsi mengenai kelebihan Set Bersalin Shaklee. Bagi mereka yang sedang mengandung pada waktu ini, mungkin anda masih tercari-cari produk apakah yang menjadi pilihan hati untuk digunakan semasa tempoh berpantang nanti.

Ada orang berpantang cara kampung, ada jugak yang berpantang secara moden. Bagi saya kedua-duanya adalah bagus dan bergantung kepada kesesuaian seseorang individu tersebut. Kalau ditanya pengalaman saya berpantang ketika anak pertama dulu, saya memilh produk afiat. So, far produk tu ok cuma perut anak saya tidak tahan dengan jamu yang saya makan. Untuk kelahiran kali kedua ini nanti (insyaallah 29 hb Nov 2015), saya telah merancang untuk berpantang dengan set Shaklee. Setakat ini, banyak sangat positif review yang saya perolehi daripada mereka yang telah mengamalkan set Shaklee semasa berpantang.

Antara kebaikan yang dapat saya rumuskan adalah

1. Susu badan bertambah banyak dan pekat
2. Badan merasa lebih bertenaga dan tidak lesu
3. Penurunan berat badan

Hmm..tak sabar rasanya nk berpantang guna Shaklee.. hehe..

Terus terang saya masih belum ada pengalaman lagi. Tapi saya jadi sangat teruja bila baca testimoni2 di bawah ni..

ada lagi...

lagi...
lagi lagi lagi..
dan lagi...

SO, APA TUNGGU LAGI, CEPAT2 CALL SAYA UNTUK NAK DAPATKAN SET BERSALIN SHAKLEE YANG MEMANG TERBAEK NI..

0172412460






Friday, June 12, 2015

YES (Young Entrepreneur Scheme)

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera..

Bermula pada May 2015, pihak Shaklee Malaysia telah melancarkan program YES khas untuk mereka yang menjadi ahli bermula May 2015 hingga Oktober 2015. Pelbagai insentif menarik dan lumayan pihak Shaklee tawarkan kepada mereka yang betul-betul berminat untuk menjalankan bisnes bersama Shaklee. Antara tawaran-tawaran yang diberikan adalah

1. Mendapat sebotol Vitalea Iron Formula secara percuma (sempena menyambut ulangtahun vitalea yang ke 100.



2. Mendapat double bonus. contohnya, jika bonus pada bulan tersebut adalah RM500, pihak Shaklee akan memberi tambahan lagi sebanyak RM500. (huhu...bestnyer dapat bonus 2 kali ganda..)




3.Mendapat bonus tambahan sekiranya pengedar baru berjaya naik pangkat naik pangkat mengikut syarat-syarat yang tertentu





4. Berpeluang membeli set YES PACK dengan harga yang lebih MURAH!! Diskaun 5% tau !!



5. Last skali dapat YES matching bonus mengikut syarat-syarat tertentu



nak tahu dengan lebih lanjut, SMS atau WASSAP saya dengan segera di 017 2412460.







Thursday, June 11, 2015

JUTAWAN SENYAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni, saya nak share tentang satu buku ni. Tajuknya, 'Menjejaki Jutawan Senyap'.
Cover depan buku pon tunjuk gambar selipar capuk je.



First impression saya terhadap buku ni, mesti penulis ni cerita tentang orang2 yang dah berjaya tapi penampilannya biasa2 aja.. kalau sekali tengok macam orang biasa2, tapi duit dalam simpanan dah cecah juta2.. rupa2nya tekaan saya tepat sekali..

Actually, saya dah lama khatam baca buku ni. Tapi bile dok ngemas2 tetiba terjumpa buku ni. So, saya rasa macam nak share kat semua orang. Memang best buku ni. Lepas je abis baca buku ni, semangat nak berniaga tu tetibe jadi berkobar kobar. Hehe..

Nabi kite SAW, pun pernah berkata, 9 daripada 10 punca rezeki adalah dari perniagaan. So, x salah kalau kita nk mencuba kan..

Terus terang saya cakap, saya bukan daripada keluarga yang memperjuangkan perniagaan. Kalau suruh menjual tu memang semua orang akan elak2. Hehe..

Tapi lepas baca buku persepsi saya terhadap perniagaan berubah 200%.  Tak kisah la berniaga apa. Kalau bersungguh2 insyaallah pasti berjaya. Dalam buku ni ada menceritakan tentang orang yang berniaga aiskrim, berniaga keropok, berniaga cakoi pada akhirnya berjaya.. nampak perniagaan macam ni, biasa2 sahaja, tapi akhirnya mereka mampu bergelar jutawan. memang teruja sangat..

Ingat,! orang yang berniaga biasa2 macam kat pasar malam tu, sebenarnya mungkin lebih kaya berbanding kita yang makan gaji ni.. nampak luaran orang yang makan gaji ni lebih bergaya, kemas, keje kat dalam air cond sebenarnya mungkin status kewangannya kura g berbanding mereka yang keje berniaga kat pasar malam.

Maaf kalau orang yang makan gaji marah akan saya, ini cuma pendapat saya sahaja sebab saya pon seorang yang makan gaji.

Dan di akhir mukasurat buku ini, penulis (pak kiai), ada membuat rumusan seperti di bawah.



Nampak tak. Disebabkan itu jugaklah, saya menguatkan nekad untuk terus menceburi perniagaan Shaklee kerana saya yakin perniagaan ubatan dan barangan kesihatan insyaallah akan sentiasa mendapat permintaan seperti mana yang telah dinyatakan oleh penulis dalam buku tersebut.

Saya berharap agar segala yang saya kongsikan ini akan memberi manfaat kepada pembaca yang membacanya..

Sekian terima kasih.

Sharing is caring..


Wednesday, June 10, 2015

FUNGSI VITAMIN C

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Memandangkan promosi pada bulan jun kali ini adalah promosi vitamin C dan vitamin E, maka saya nk citer pasal 2 vitamin ni. Entry ni saya akan cerita tentang kelebihan vitamin C dulu Yer.



Vitamin C merupakan vitamin larut air yang sangat penting dalam tubuh badan kita. Setiap keluarga mesti perlu ada vitamin C di rumah.
Antara fungsi-fungsi utama vitamin C adalah :

1. Mempertingkatkan sistem imunisasi badan. Banyak feedback daripada pengguna vitamin C Shaklee yang saya terima mengatakan vitamin C mampu mencegah mereka daripada selsema dan demam. Saya masih ingat lagi masa saya sekolah menengah dulu, time tu saya kene selsema yang sangat teruk. Bile jumpa doktor, dia bagi pil vitamin C. Die cakap makan vitamin C je, insyaallah elok. Alhamdulillah.. Memang elok.

2. Membantu penyerapan zat makanan terutamnya zat besi. Zat besi adalah penting dalam pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah. Namun, pengambilan zat besi semata-mata adalah sia-sia kerana zat besi ini memerukan vitamin C sebagai agen penyerapan. Bagi mereka yang mempunyai masalah kandungan Hemoglobin (Hb) yang rendah, anda disarankan mengambil zat besi bersama-sama vitamin C untuk mengoptimakan penyerapan zat besi.

3. Vitamin C membantu dalam membina kolagen sekaligus mencantikkan kulit. Pernah dengar tak, retis-retis nk cantik cucuk vitamin C kat muka. Sebab apa? Sebab nak cantikkan kulit kat muka la..  Haa! Nampak tak fungsinya di situ. Sape yang takut nak cucuk2 tu baik x payah. Lebih baik makan vitamin C macam makan nasi. Lagi senang. Hehe..

3. Mengelakkan daripada gusi berdarah. Sape2 yang slalu bila gosok gigi berdarah, ha, itu adalah merupakan petunjuk bahawa orang tersebut mengalami kekurangan vitamin C

4. Merupakan antioksidan yang hebat. Antioksidan adalah bahan yang membantu menstabilkan atom2 pada sel yang telah mengalami radikal bebas. Jika atom di dalam sel ini tidak distabilkan, sel2 tersebut berkemungkinan besar tidak akan berfungsi dengan baik. Maka, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin C yang disyorkan 40mg setiap hari.

Menariknya, vitamin C keluaran Shaklee adalah yang terbaik kerana proses pelepasannya adalah secara berperingkat . Sebab itu namanya Sustained Release Vitamin C. Setiap biji vitamin C terkandung 5 lapisan. Setiap 1 jam, satu lapisan akan terurai Dan setiap lapisan mengandungi 100mg Vitamin C. So, kalau sebiji, ada 500mg dan penguraian sepenuhnya adalah 5 jam. Menarik kan.


So, apa tunggu lagi, dapatkan vitamin c anda sekarang.

Boleh contact saya , Nina 017 2412460

Nak sms boleh, nak wassap boleh, nak call terus pn boleh..