Tuesday, January 24, 2017

5 TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN


Asslamualaikum dan salam sejahtera..


Di sini, saya berikan beberapa TIPS untuk mak-mak macam saya yang nak banyakkan susu badan mengikut pengalaman saya sendiri



1. SENTIASA KOSONGKAN BREAST

Kita kene sentiasa kosongkan breast sebab penghasilan susu adalah mengikut konsep demand and supply'. Maksudnya jika kita kosongkan breast dengan lebih kerap, bermaksud permintaan susu oleh bayi juga banyak.

Bila tinggi permintaan, lebih banyak susu dihasilkan oleh kelenjar susu. Tapi kalau breast kita dah penuh susu, otak akan dapat isyarat lalu terhasilah 'Prolactin Inhibitory Hormone' yang menghalang penghasilan prolaktin (prolaktin =hormon yang membantu penghasilan susu). Maka penghasilan susu pon berkurangan.

Cuba kita bayangkan kalau la otak kita x dapat isyarat breast penuh, maka, susu akan sentiasa dihasilkan, boleh jadi breast akan pecah sebab banyak sangat susu. itu yang boleh jadi mastitis siap boleh demam2 lagi. huhu..





2. MINUM AIR SUAM BANYAK-BANYAK

Minum air suam tau, bukan air sejuk. sebab air suam mampu melancarkan pengaliran darah. Kandungan susu ibu tinggi kandungan air. Sebab tu nak hasilkan banyak susu, kene la minum banyak air. Dan yang paling penting air 0 kalori. Kalau air manis teh tarik memang menggemok la badan si mak tadi. kiki.. 

Jangan ikut cara pantang orang dulu-dulu x bagi minum air banyak-banyak masa pantang, nanti luka lambat kering. itu semua akan lebih memudaratkan si ibu. Ada seorang doktor pernah share dengan saya, ada patient yang masih dalam pantang kene warded sebab badan dehydrate (kurang air) sebab masa berpantang, dia minum beberapa cawan air je sehari. huhu.. kesian..

Kalau boleh, letak air dalam bekas yang ada sukatan. so, kita boleh tau dah berapa banyak kita minum. minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekurang-kurangnya okey, lebih takpe, nanti kidney tolong filter then buang. 





3. MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN BERNUTRISI

Pengambilan makanan berkahsiat yang mencukupi seperti karbohidrat, protein, susu, bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi jangan makan banyak-banyak. cukup sekadar badan kita perlukan., nanti gemuk pulak. hehe..

Nak lagi best boleh makan supplement tambahan untuk ibu menyusu yang ada milk booster.. sila  KLIK DI SINI




4. SENTIASA BERTENANG DAN BERFIKIRAN POSITIF

'Just relax and keep calm'. itu yang saya selalu sebut dalam hati masa tengah pam. kalau nak lagi bertenang, sambil pam, sambil tengaok muka anak2.. Perasaan sayang kat anak tu akan menghasilkan lebih banyak hormone oxytocin yang boleh mencetuskan 'Milk Letdown Refex'

Nak tau apa itu Letdown Reflex? Klik kat SINI.


Nak lagi bertenang, baca zikir banyak-banyak.. Zikir tu ka kita ingat pada Allah. Dengan berzikir hati akan menjadi lebih tenang.






5. AMALKAN DOA

Last skali, amalan doa macam kat bawah ni. Ingat, pemilik setiap apa yang ada di tubuh badan kita adalah milik Allah. Oleh itu, bergantung haraplah pada Allah dengan berdoa bersungguh-sungguh.. InsyaAllah.. Sesungguhnya, Allah mengikut sangkaan hambanya.. 




Happy breastfeeding kawan-kawan... =)




No comments:

Post a Comment