Wednesday, January 25, 2017

VIVIX EFFECTS ! CYST SEMAKIN MENGECIL

Assalamualaikum..


Hari ni saya nak share satu lagi testimoni hebat sempena promosi VIVIX yang tinggal 5 hari sahaja lagi..


Customer ni sedang mengandung dan pada masa yang sama beliau pon mempunyai cyst sebesar 3.8 cm.


Alangkah bijaknya customer ni mencari ikhtiar dengan mengambil VIVIX untuk mengatasi masalah beliau.


Alhamdulillah, saiz cyst tersebut telah mengecil daripada 3,85 cm kepada 2.5 cm. Sebotol VIVIX pon tak sempat habis..







Yang bestnya, Dr siap promote lagi suruh ambil sumber makanan antioksida yang tinggi. 

Akak memang terbaik.




BOLEH HUBUNGI SAYA TERUS UNTUK DAPATKAN VIVIX SEMENTARA HARGANYA MASIH MURAH





HARGA SEBOTOL = RM 503

PROMOSI JANUARI 2017 HARGA 2 BOTOL HANYA RM 722

ANDA JIMAT SEBANYAK RM 142 UNTUK 1 BOTOL!!!!


WhatssApp    017 2412460



BACAAN GULA MENURUN SELEPAS AMALKAN VIVIX

Assalamualaikum..


Di sini saya nak share satu testimoni di mana bacaan pesakit kencing manis ini menurun selepas mengambil VIVIX secara konsisten satu sudu setiap hari.

dan hasilnya setelah hampir sebulan ...





Bacaan gula dalam darah menunnjukkan penurunan daripada 14.2 ke 8.1 setelah sebulan mengamalkan VIVIX



Alhamdulillah... VIVIX membantu memperbaiki sel-sel yang rosak hingga ke peringkat DNA dan sistem untuk mengawal paras gula dalam darah telah kembali normal seperti sediakala..


Walaupun harga VIVIX mahal, namun keberkesanannya amatlah berbaloi dengan wang yang dikeluarkan. Malahan jika dibandingkan dengan kos rawatan susulan, sebenarnya VIVIX adalah sangat murah..


Kesihatan adalah kekayaan yang sebenar..


Sekiranya anda berminat untuk mencuba VIVIX ini, boleh hubungi saya menerusi WhatssApp ataupun Telegram di  017 2412460






Tuesday, January 24, 2017

5 TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN


Asslamualaikum dan salam sejahtera..


Di sini, saya berikan beberapa TIPS untuk mak-mak macam saya yang nak banyakkan susu badan mengikut pengalaman saya sendiri



1. SENTIASA KOSONGKAN BREAST

Kita kene sentiasa kosongkan breast sebab penghasilan susu adalah mengikut konsep demand and supply'. Maksudnya jika kita kosongkan breast dengan lebih kerap, bermaksud permintaan susu oleh bayi juga banyak.

Bila tinggi permintaan, lebih banyak susu dihasilkan oleh kelenjar susu. Tapi kalau breast kita dah penuh susu, otak akan dapat isyarat lalu terhasilah 'Prolactin Inhibitory Hormone' yang menghalang penghasilan prolaktin (prolaktin =hormon yang membantu penghasilan susu). Maka penghasilan susu pon berkurangan.

Cuba kita bayangkan kalau la otak kita x dapat isyarat breast penuh, maka, susu akan sentiasa dihasilkan, boleh jadi breast akan pecah sebab banyak sangat susu. itu yang boleh jadi mastitis siap boleh demam2 lagi. huhu..





2. MINUM AIR SUAM BANYAK-BANYAK

Minum air suam tau, bukan air sejuk. sebab air suam mampu melancarkan pengaliran darah. Kandungan susu ibu tinggi kandungan air. Sebab tu nak hasilkan banyak susu, kene la minum banyak air. Dan yang paling penting air 0 kalori. Kalau air manis teh tarik memang menggemok la badan si mak tadi. kiki.. 

Jangan ikut cara pantang orang dulu-dulu x bagi minum air banyak-banyak masa pantang, nanti luka lambat kering. itu semua akan lebih memudaratkan si ibu. Ada seorang doktor pernah share dengan saya, ada patient yang masih dalam pantang kene warded sebab badan dehydrate (kurang air) sebab masa berpantang, dia minum beberapa cawan air je sehari. huhu.. kesian..

Kalau boleh, letak air dalam bekas yang ada sukatan. so, kita boleh tau dah berapa banyak kita minum. minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekurang-kurangnya okey, lebih takpe, nanti kidney tolong filter then buang. 





3. MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN BERNUTRISI

Pengambilan makanan berkahsiat yang mencukupi seperti karbohidrat, protein, susu, bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi jangan makan banyak-banyak. cukup sekadar badan kita perlukan., nanti gemuk pulak. hehe..

Nak lagi best boleh makan supplement tambahan untuk ibu menyusu yang ada milk booster.. sila  KLIK DI SINI




4. SENTIASA BERTENANG DAN BERFIKIRAN POSITIF

'Just relax and keep calm'. itu yang saya selalu sebut dalam hati masa tengah pam. kalau nak lagi bertenang, sambil pam, sambil tengaok muka anak2.. Perasaan sayang kat anak tu akan menghasilkan lebih banyak hormone oxytocin yang boleh mencetuskan 'Milk Letdown Refex'

Nak tau apa itu Letdown Reflex? Klik kat SINI.


Nak lagi bertenang, baca zikir banyak-banyak.. Zikir tu ka kita ingat pada Allah. Dengan berzikir hati akan menjadi lebih tenang.






5. AMALKAN DOA

Last skali, amalan doa macam kat bawah ni. Ingat, pemilik setiap apa yang ada di tubuh badan kita adalah milik Allah. Oleh itu, bergantung haraplah pada Allah dengan berdoa bersungguh-sungguh.. InsyaAllah.. Sesungguhnya, Allah mengikut sangkaan hambanya.. 




Happy breastfeeding kawan-kawan... =)




OMEGA GUARD KURANGKAN SAKIT TAPAK KAKI

Assalamualaikum..

Ni testimoni mak ngan abah saya sendiri.

Mula-mula mak saya yang makan minyak ikan omega ni. Sehari sebiji die makan. nak jimat katenye.. Selang 2 minggu lepas tu saya pon tepon mak, tanya die, ok ke makan minyak ikan tu?

die cakap ok.. hilang sakit tapak kaki. Alhamdulillah... dalam hati ni rasa macam syahdu je dapat kurangkan bebanan kesakitan mak.. Iye la.. mak kot... den apo2 pasal omak memang den touching lebeh.. huhu..

Sebelum ni, die ade cerite yang tapak kaki die akan rasa sakit sampai jalan terhencut-hencut (betul ke ejaan ni).. Especially bila bangun pagi atau lepas duduk dalam jangkamasa yang lama..


Tak lama lepas tu pulak mak cakap abah yang sakit kaki sampai jalan kene pakai tongkat pulak.. mak pon promote suruh abah makan minyak ikan omega tu jugak.. lepas tu die rasa dah kurang sakit. la ni dah boleh jalan sangat dah.. Dah boleh ngombe2 kat kedai naik moto. (ngombe bahasa jawa = minum)


ok la tu abah.. janji sihat..and hepi...


so, saya rasa memang berbaloi-baloi la beli. La ni, stok omega tu memang akan sentiasa ade je kat umah tu. Supplement terbaek untuk mak ngan abah. Nina sayang mak and abah.. Thanks for everything that both of you have done to me... huhu..


nah, ni saya velanja testimoni pengguna shaklee yang lain...








Sihat itu mahal kawan-kawan..

Jika berminat nak beli, Boleh Whatss App saya di 017 2412460


Terima kasih..



SIAPA SAYA?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Nama saya , Nina Keterina Hashim. Saya merupakan Anak ke-3 daripada 5 adik beradik. Dilahirkan di Hospital Kajang, Selangor pada pukul 3 pagi pada 18 Januari 1985. Nama saya pon agak ke'BARAT'an sikit. mcm omputih katenye.. Inspirasi abah daripada nama mat saleh masa die kursus di German. Hehehe..


Genap umur satu tahun, kami semua berpindah daripada Kg. Dusun Tua ke Kuala Terengganu atas alasan kerja abah waktu tu. Kami adik beradik membesar di sana. Makang kepok lekor dok soh citer ar.. Sampa naik muok lok. hehehe..


Kami duduk di sana selama sepuluh tahun. Sekolah pertama saya adalah sekolah PASTI di Kg. Gong Tok Nasek. Saya tak pasti sama ada sekolah tu masih wujud ataupun tidak.




Lepas tu kami sekeluarga berpindah semula ke Kg. Dusun Tua sebab abah ditukarkan ke sini semula..
Daripada darjah 5 sehingga darjah 6, saya bersekolah di Sek. Keb. Dusun Tua.


Bila di kenang semula, seronok sangat zaman persekolahan.. dulu-dulu mana ade gajet. Permainan kami sepenuhnya berbentuk aktiviti fizikal.. naik basikal, jalan-jalan kat sawah, main masak-masak.. (masak nasik real ok.. lepas tu hangit.. hehehe.)


Bila dah masuk umur 13 tahun, masuk asrama kat Sek. Men. Keb. jalan Tiga, Bandar Baru Bangi. Masuk atas tiket anak Yayasan Selangor. Duduk la belajar kat sini sampai Tingkatan 5. Masa first day masuk sekolah tu, nangis jugak sebab pertama kali berjauhan dengan family..


Dah abis tingkatan 5 pon nangis jugak sebab dah nak berpisah dengan kawan-kawan.. Itu Baru berpisah atas dunia.. Kalau berpisah pergi ke alam lain yakni alam barzakh.. lagi la sedih.. masyaAllah...(terdiam sekejap..)


Alam persekolahan saya alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Saya bukanlah pelajar yang pintar sangat dan tidak la corot sangat. Tetapi pelajar yang sederhana sahaja.. Tiada istilah boyfriend waktu belajar. Bagi saya, ade boyprend ni buat kita lagi lagha... nanti tak boleh nak fokus belajar. That was me masa dolu-dolu..


Then, lepas SPM, sambung blaja kat PASUM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya). Bila masuk UM ni, saya agak sedikit terkejut kerana kebanyakkan mereka ni terlajak pandai.. hehehe.. so, persaingan tu makin sengit. Alhamdulillah, saya dalam kategori yang cemerlang jugak la waktu ni.. =)


Pastu, sambung lagi belajar di UM untuk tempoh 3 Tahun lagi di Fakulti Sains, UM. And, at the same time, saya jugak join PALAPES UM untuk aktiviti ko-kurikulum di universiti. Hahaha.. Hebat tak hebat. Makcik ni dulu askar tau. Tapi Lo ni dah bersara terus.. tu yang terus mengembang bak kuih donut.. hahaha..


Masa join PALAPES ni la, banyak aktiviti yang saya buat yang mana, student lain yang tak join PALAPES ni buat. Saya rasa, nanti saya nak buat satu entry pasal PALAPES sahaja. Sebab, banyak sangat nak cite. Boleh jugak dijadikan bahan rujukan untuk anak-anak baca kisah ibu die bila die dah besau nanti.. ngeee...



Dah abis belajar and penat jadi askar sekejap, saya jadi Pembantu makmal and lecturer pulak di AMU (Asia Metropolitan University) yang dolu-dolunya dikenali sebagai Masterskill. Time ni la saya sambung belajar ambil master dan fully company tu fully sponsor yuran pengajian. Alhamdulillah,, terima kasih atas rezeki yang diberikan. Hampir 5 tahun saya di sana sehingga tahun 2013. 


Dalam tempoh bekerja di sana jugak la saya berkahwin dengan pemilik hati bernama Mohd Izani Saini pada tanggal 1 Disember 2012 dan dikurniakan cahaya mata yang pertama iaitu Ainul Syifa pada 10 Oktober 2013 dan yang kedua iaitu Ayra Safiyyah pada 2 Disember 2015. 


Bermula dari tahun 2014 sehingga kini, saya bekerja sebagai seorang pensyarah di Fakulti Sains Kesihatan, UITM Puncak Alam. Dah jadi pensyarah pon nak buat Part Time ke??
Tak cukup lagi ke makan gaji tu? Ha, jawapan saya memang tak cukup. Keadaan ekonomi sekarang ni sangat tidak menentu. ditambah dengan komitmen yang semakin banyak membuatkan saya terdetik di hati bahawa aku perlu buat side income. 


Nak tahu turning point saya, kenapa saya nak berniaga Shaklee, tapi bukan berniaga tudung neelofar atau produk Dato' Vida?  Sila KLIK disini...

















AWAS! TAKTIK TERBARU PENGEDAR DADAH DI KALANGAN KANAK-KANAK..

Assalamualaikum..


Saya baru menerima berita terkini daripada group WhatsApp Kejiranan mengenai taktik terbaru si penjahat pengedar dadah.. 




Nama dadah tu pon 'STARWBERRY QUICK'. 


Pandai depa ni, guna nama yang best2 untuk menarik perhatian kanak-kanak sekolah..


Bentuk nya pon mungkin macam lebih kurang gula-gula lolipop.. Ade macam-macam perasa katenye, coklat, cola, grapes dll..


wallahualam..Saya pon tak pernah tengok. 

MasyaAllah.. menakutkan sungguh... 


So, rakan-rakan sekalian, hati-hati ye.. selalu awasi anak-anak kita..

Nasihat kat diorang jangan sebarangan ambil makanan atau gula-gula daripada orang yang tidak dikenali..


Ya Allah, semoga engkau melindungi anak-anak kecil kami yang tidak berdosa ini.. amin...





DESIGN POSTER DENGAN MUDAH GUNA CANVA

Assalamualaikum..


Mak ai, dah lame betol tak menjenguk rumah blog ni. Banyak nau sawangnya.. hehehe.. 

Kebetulan, hari ni ada masa terluang sikit boleh la ubah2 sikit blog ape yg patut.. Sebelum ni busy dengan kerja hakiki.. marking paper, lecturing, task itu, ini.. huhu.. 


Baru je lepas menggodek-godek CANVA untuk nak design blog banner..


Tersangatlah senang guna Canva ni. korang boleh klik di sini, CANVA. register dulu dah boleh try godek2 jugak..


Yang tak pandai nak design blog ke, poster ke or nak buat bisnes kad pon boleh. senang citer suma ade la.. die bagi template, then kite just pilih je tema ape yang kita suka. Ubah content dan siap.! 


so, yang kat bawah ni adalah hasil keje seni den. =P




Yang ni contoh gedik-gedik buat untuk incik suami.. so, macam sweet- sweet diabetes tak.? .ekekeke..=D. Die cakap cantik...kembang hidung den..







Yang ni pulak den jadi organizer untuk bengkel next week.. so, gigih la buat poster ni. tapi alhamdulillah... cantik gak.. dah setaraf dengan designer yang lain..hehehe..



So, korang pon boleh cuba jugak.. kot2 nak buat poster Shaklee sendiri..



Selamat mencuba...