Tuesday, January 24, 2017

OMEGA GUARD KURANGKAN SAKIT TAPAK KAKI

Assalamualaikum..

Ni testimoni mak ngan abah saya sendiri.

Mula-mula mak saya yang makan minyak ikan omega ni. Sehari sebiji die makan. nak jimat katenye.. Selang 2 minggu lepas tu saya pon tepon mak, tanya die, ok ke makan minyak ikan tu?

die cakap ok.. hilang sakit tapak kaki. Alhamdulillah... dalam hati ni rasa macam syahdu je dapat kurangkan bebanan kesakitan mak.. Iye la.. mak kot... den apo2 pasal omak memang den touching lebeh.. huhu..

Sebelum ni, die ade cerite yang tapak kaki die akan rasa sakit sampai jalan terhencut-hencut (betul ke ejaan ni).. Especially bila bangun pagi atau lepas duduk dalam jangkamasa yang lama..


Tak lama lepas tu pulak mak cakap abah yang sakit kaki sampai jalan kene pakai tongkat pulak.. mak pon promote suruh abah makan minyak ikan omega tu jugak.. lepas tu die rasa dah kurang sakit. la ni dah boleh jalan sangat dah.. Dah boleh ngombe2 kat kedai naik moto. (ngombe bahasa jawa = minum)


ok la tu abah.. janji sihat..and hepi...


so, saya rasa memang berbaloi-baloi la beli. La ni, stok omega tu memang akan sentiasa ade je kat umah tu. Supplement terbaek untuk mak ngan abah. Nina sayang mak and abah.. Thanks for everything that both of you have done to me... huhu..


nah, ni saya velanja testimoni pengguna shaklee yang lain...








Sihat itu mahal kawan-kawan..

Jika berminat nak beli, Boleh Whatss App saya di 017 2412460


Terima kasih..



SIAPA SAYA?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Nama saya , Nina Keterina Hashim. Saya merupakan Anak ke-3 daripada 5 adik beradik. Dilahirkan di Hospital Kajang, Selangor pada pukul 3 pagi pada 18 Januari 1985. Nama saya pon agak ke'BARAT'an sikit. mcm omputih katenye.. Inspirasi abah daripada nama mat saleh masa die kursus di German. Hehehe..


Genap umur satu tahun, kami semua berpindah daripada Kg. Dusun Tua ke Kuala Terengganu atas alasan kerja abah waktu tu. Kami adik beradik membesar di sana. Makang kepok lekor dok soh citer ar.. Sampa naik muok lok. hehehe..


Kami duduk di sana selama sepuluh tahun. Sekolah pertama saya adalah sekolah PASTI di Kg. Gong Tok Nasek. Saya tak pasti sama ada sekolah tu masih wujud ataupun tidak.




Lepas tu kami sekeluarga berpindah semula ke Kg. Dusun Tua sebab abah ditukarkan ke sini semula..
Daripada darjah 5 sehingga darjah 6, saya bersekolah di Sek. Keb. Dusun Tua.


Bila di kenang semula, seronok sangat zaman persekolahan.. dulu-dulu mana ade gajet. Permainan kami sepenuhnya berbentuk aktiviti fizikal.. naik basikal, jalan-jalan kat sawah, main masak-masak.. (masak nasik real ok.. lepas tu hangit.. hehehe.)


Bila dah masuk umur 13 tahun, masuk asrama kat Sek. Men. Keb. jalan Tiga, Bandar Baru Bangi. Masuk atas tiket anak Yayasan Selangor. Duduk la belajar kat sini sampai Tingkatan 5. Masa first day masuk sekolah tu, nangis jugak sebab pertama kali berjauhan dengan family..


Dah abis tingkatan 5 pon nangis jugak sebab dah nak berpisah dengan kawan-kawan.. Itu Baru berpisah atas dunia.. Kalau berpisah pergi ke alam lain yakni alam barzakh.. lagi la sedih.. masyaAllah...(terdiam sekejap..)


Alam persekolahan saya alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Saya bukanlah pelajar yang pintar sangat dan tidak la corot sangat. Tetapi pelajar yang sederhana sahaja.. Tiada istilah boyfriend waktu belajar. Bagi saya, ade boyprend ni buat kita lagi lagha... nanti tak boleh nak fokus belajar. That was me masa dolu-dolu..


Then, lepas SPM, sambung blaja kat PASUM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya). Bila masuk UM ni, saya agak sedikit terkejut kerana kebanyakkan mereka ni terlajak pandai.. hehehe.. so, persaingan tu makin sengit. Alhamdulillah, saya dalam kategori yang cemerlang jugak la waktu ni.. =)


Pastu, sambung lagi belajar di UM untuk tempoh 3 Tahun lagi di Fakulti Sains, UM. And, at the same time, saya jugak join PALAPES UM untuk aktiviti ko-kurikulum di universiti. Hahaha.. Hebat tak hebat. Makcik ni dulu askar tau. Tapi Lo ni dah bersara terus.. tu yang terus mengembang bak kuih donut.. hahaha..


Masa join PALAPES ni la, banyak aktiviti yang saya buat yang mana, student lain yang tak join PALAPES ni buat. Saya rasa, nanti saya nak buat satu entry pasal PALAPES sahaja. Sebab, banyak sangat nak cite. Boleh jugak dijadikan bahan rujukan untuk anak-anak baca kisah ibu die bila die dah besau nanti.. ngeee...



Dah abis belajar and penat jadi askar sekejap, saya jadi Pembantu makmal and lecturer pulak di AMU (Asia Metropolitan University) yang dolu-dolunya dikenali sebagai Masterskill. Time ni la saya sambung belajar ambil master dan fully company tu fully sponsor yuran pengajian. Alhamdulillah,, terima kasih atas rezeki yang diberikan. Hampir 5 tahun saya di sana sehingga tahun 2013. 


Dalam tempoh bekerja di sana jugak la saya berkahwin dengan pemilik hati bernama Mohd Izani Saini pada tanggal 1 Disember 2012 dan dikurniakan cahaya mata yang pertama iaitu Ainul Syifa pada 10 Oktober 2013 dan yang kedua iaitu Ayra Safiyyah pada 2 Disember 2015. 


Bermula dari tahun 2014 sehingga kini, saya bekerja sebagai seorang pensyarah di Fakulti Sains Kesihatan, UITM Puncak Alam. Dah jadi pensyarah pon nak buat Part Time ke??
Tak cukup lagi ke makan gaji tu? Ha, jawapan saya memang tak cukup. Keadaan ekonomi sekarang ni sangat tidak menentu. ditambah dengan komitmen yang semakin banyak membuatkan saya terdetik di hati bahawa aku perlu buat side income. 


Nak tahu turning point saya, kenapa saya nak berniaga Shaklee, tapi bukan berniaga tudung neelofar atau produk Dato' Vida?  Sila KLIK disini...

















AWAS! TAKTIK TERBARU PENGEDAR DADAH DI KALANGAN KANAK-KANAK..

Assalamualaikum..


Saya baru menerima berita terkini daripada group WhatsApp Kejiranan mengenai taktik terbaru si penjahat pengedar dadah.. 




Nama dadah tu pon 'STARWBERRY QUICK'. 


Pandai depa ni, guna nama yang best2 untuk menarik perhatian kanak-kanak sekolah..


Bentuk nya pon mungkin macam lebih kurang gula-gula lolipop.. Ade macam-macam perasa katenye, coklat, cola, grapes dll..


wallahualam..Saya pon tak pernah tengok. 

MasyaAllah.. menakutkan sungguh... 


So, rakan-rakan sekalian, hati-hati ye.. selalu awasi anak-anak kita..

Nasihat kat diorang jangan sebarangan ambil makanan atau gula-gula daripada orang yang tidak dikenali..


Ya Allah, semoga engkau melindungi anak-anak kecil kami yang tidak berdosa ini.. amin...





DESIGN POSTER DENGAN MUDAH GUNA CANVA

Assalamualaikum..


Mak ai, dah lame betol tak menjenguk rumah blog ni. Banyak nau sawangnya.. hehehe.. 

Kebetulan, hari ni ada masa terluang sikit boleh la ubah2 sikit blog ape yg patut.. Sebelum ni busy dengan kerja hakiki.. marking paper, lecturing, task itu, ini.. huhu.. 


Baru je lepas menggodek-godek CANVA untuk nak design blog banner..


Tersangatlah senang guna Canva ni. korang boleh klik di sini, CANVA. register dulu dah boleh try godek2 jugak..


Yang tak pandai nak design blog ke, poster ke or nak buat bisnes kad pon boleh. senang citer suma ade la.. die bagi template, then kite just pilih je tema ape yang kita suka. Ubah content dan siap.! 


so, yang kat bawah ni adalah hasil keje seni den. =P




Yang ni contoh gedik-gedik buat untuk incik suami.. so, macam sweet- sweet diabetes tak.? .ekekeke..=D. Die cakap cantik...kembang hidung den..







Yang ni pulak den jadi organizer untuk bengkel next week.. so, gigih la buat poster ni. tapi alhamdulillah... cantik gak.. dah setaraf dengan designer yang lain..hehehe..



So, korang pon boleh cuba jugak.. kot2 nak buat poster Shaklee sendiri..



Selamat mencuba...






Sunday, November 6, 2016

6 CARA TINGKATKAN POTENSI OTAK SI KECIL ANDA

Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak anda membesar menjadi seorang yang genius dan bijak.. Jom kita baca 6 cara untuk meningkatkan potensi minda anak anda


1. Belajar Muzik
-belajar muzik membolehkan anak-anak menggunakan kemahiran psikomotor, mengecam melodi, serta meningkatkan keupayaan memori.


2. Membaca
-galakkan anak anda memegang buku seawal 6 bulan. Cuba bacakan di hadapan mereka dan mereka akan meniru perbuatan kita. Sebagai seorang islam, Membaca Al-Quran adalah sangat digalakkan. Sentiasa bacakan surah yang ringkas di waktu yang terluang bersama si kecil. percayalah, seawal usia 1-2 tahun anak anda mampu membaca surah-surah ringkas walaupun sebutannya tidak betul. =D


3. Elakkan makanan ringan
-Makanan ringan mengandungi tinggi MSG, garam serta kurang bernutrisi. Berikan anak anda makanan yang berkhasiat dan bernutrisi untuk membantu perkembangan otak si kecil anda


4. Memupuk rasa ingin tahu
-Sentiasa wujudkan persoalan dan dedahkan mereka kepada persekitaran luar. Tunjukkan pada mereka segala ciptaan Allah yang ada di atas muka bumi ini. Pasti mereka akan teruja dan anda pon tak terlayan dengan soalan cepu cemas mereka nanti. hehehe.. =D


5. Sarapan pagi
- Sarapan pagi adalah sangat penting untuk memberikan tenaga kepada si kecil terutamanya kepada otak setelah hampir 10 jam mereka tidur.


6. Beriadah
-Rajin-rajinkan diri untuk ajak beriadah di taman permainan. Dengan beriadah, badan jadi cergas, peredaran darah lancar serta menguatkan otot dan tulang si kecil. Mak ayah pon skali kene beriadah sesama. hehehe.. =D


10 TIPS BERJAYA DUNIA AKHIRAT

1. Muliakan kedua-dua ibu dan bapa

  -Sentiasa mendoakan mereka kerana doa mereka tiada hijab. Maksudnya kalau mereka mendoakan yang baik-baik buat kita, insyaAllah, baiklah kita. Jika mereka berkecil hati atau marah terhadap kita lalu mendoakan perkara yang tidak baik, maka tidak baik lah jadinya.. 


2. Sentiasa menjaga masa

Sentiasa ingat lagu Raihan yang tajuknya demi masa iaitu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

- Sihat sebelum sakit
-muda sebelum tua
-Kaya sebelum miskin
-Lapang sebelum sempit
-Hidup sebelum mati


3. Berdoa dengan khusyuk
- Sesungguhnya doa ketika 1/3 malam (pukul 3-4 pagi) adalah waktu berdoa yang paling dimakbulkan dan paling mustajab


4. Berusaha dengan niat kerana Allah

- Berjaya dan kaya dengan niat kerana Allah untuk membantu orang yang lebih susah daripada kita. Bukannya untuk bermegah-megah ataupun menunjuk-nunjuk di pandangan mata orang.


5. Jaga Kesihatan

-Mengamalkan pemakanan yang baik dan berkahsiat. Mengambil supplement
-sentiasa berpuasa banyakkan minum air dan banyakkan bergerak.


6. Hidup mempunyai matlamat

-Sentiasa tetapkan matlamat pada setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. nak lagi bagus tetapkan matlamat jangka panjang seperti 5 tahun akan datang. Anda 5 tahun akan datang adalah apa yang anda lakukan sekarang.


7. Sentiasa bersedekah 

- Belajarlah bersedekah dengan konsisten walaupun dimulakan dengan sekecil wang RM 1 seminggu. Paling afdal bersedekah di hari Jumaat. Kalau nak sedekah hari-hari lagi bagus.. hehehe...


8. Sentiasa menjaga waktu solat.

-Solat di awal waktu adalah paling disukai oleh Allah


9. Berani berjumpa orang ramai dan bersosial 

-Namun begitu perlu menjaga batas-batas syarat yang telah ditetapkan seperti tidak bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan.


10. Apabila ditimpa musibah, perlu bertenang, sentiasa bersangka baik dengan Allah.

-Apabila penat jangan mengeluh. Penat bermakna anda masih mampu melakukan kerja dan masih mempunyai pekerjaan. Maka, bersyukurlah,...


salam sayang..

nina








10 TIPS BERJAYA DUNIA AKHIRAT

1. Muliakan kedua-dua ibu dan bapa

  -Sentiasa mendoakan mereka kerana doa mereka tiada hijab. Maksudnya kalau mereka mendoakan yang baik-baik buat kita, insyaAllah, baiklah kita. Jika mereka berkecil hati atau marah terhadap kita lalu mendoakan perkara yang tidak baik, maka tidak baik lah jadinya.. 


2. Sentiasa menjaga masa

Sentiasa ingat lagu Raihan yang tajuknya demi masa iaitu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

- Sihat sebelum sakit
-muda sebelum tua
-Kaya sebelum miskin
-Lapang sebelum sempit
-Hidup sebelum mati


3. Berdoa dengan khusyuk
- Sesungguhnya doa ketika 1/3 malam (pukul 3-4 pagi) adalah waktu berdoa yang paling dimakbulkan dan paling mustajab


4. Berusaha dengan niat kerana Allah

- Berjaya dan kaya dengan niat kerana Allah untuk membantu orang yang lebih susah daripada kita. Bukannya untuk bermegah-megah ataupun menunjuk-nunjuk di pandangan mata orang.


5. Jaga Kesihatan

-Mengamalkan pemakanan yang baik dan berkahsiat. Mengambil supplement
-sentiasa berpuasa banyakkan minum air dan banyakkan bergerak.


6. Hidup mempunyai matlamat

-Sentiasa tetapkan matlamat pada setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. nak lagi bagus tetapkan matlamat jangka panjang seperti 5 tahun akan datang. Anda 5 tahun akan datang adalah apa yang anda lakukan sekarang.


7. Sentiasa bersedekah 

- Belajarlah bersedekah dengan konsisten walaupun dimulakan dengan sekecil wang RM 1 seminggu. Paling afdal bersedekah di hari Jumaat. Kalau nak sedekah hari-hari lagi bagus.. hehehe...


8. Sentiasa menjaga waktu solat.

-Solat di awal waktu adalah paling disukai oleh Allah


9. Berani berjumpa orang ramai dan bersosial 

-Namun begitu perlu menjaga batas-batas syarat yang telah ditetapkan seperti tidak bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan.


10. Apabila ditimpa musibah, perlu bertenang, sentiasa bersangka baik dengan Allah.

-Apabila penat jangan mengeluh. Penat bermakna anda masih mampu melakukan kerja dan masih mempunyai pekerjaan. Maka, bersyukurlah,...