Friday, August 3, 2018

Kelahiran anak ke 3 yang sangat mencemaskan





inilah anak ketiga saya , Ainul salsabila yang lahir pada 25 Januari 2018 tepat jam 12.50. 






Sunday, July 23, 2017

PENGEDAR VIVIX SHAKLEE SUNGAI BULOH

Penduduk di area Sungai Buloh dan Puncak Alam yang ingin mendapatkan VIVIX SHAKLEE boleh mendapatkannya dari Nina Kate, PENGEDAR VIVIX SHAKLEE SUNGAI BULOH dan PUNCAK ALAM

Friday, February 17, 2017

10 amalan untuk menjadi seorang yang kaya dan berjaya


1.  Power Of Gratitude (Kuasa Bersyukur)

‘Jika kita benar-benar ingin menikmati hidup, mulailah dengan ucapan syukur setiap hari’
Terlalu banyak nikmat yang Allah Taala kurniakan kepada kita di dalam hidup ini. Nikmat iman dan Islam, nikmat kita masih lagi dapat bernafas, nikmat masa, nikmat rezeki yang kita peroleh, nikmat kesihatan, nikmat ilmu pengetahuan dan banyak lagi nikmat yang sudah pasti kita tidak dapat untuk menghitungnya.
Lihatlah apa yang kita ada, bukannya apa yang kita tiada. Nescaya kita sentiasa kaya iaitu kaya jiwa.

Mari kita bersyukur sebanyaknya dan menggunakan setiap nikmat yang kita ada dengan sepenuhnya untuk kebaikan kerana kita yakin janji Allah Taala :
“’Jika engkau bersyukur, pasti aku akan menambahkan nikmatku kepadamu, namun jika engkau kufur, ketahuilah bahawa azabku amat pedih’ ~ QS. Ibrahim:7
Adakah kita sudah bersyukur kepada-Nya pada hari ini?Alhamdulillah.

2.  Power Of Giving (Kuasa Memberi)

Jadikan tujuan utama hidup kita setiap hari adalah untuk memberi sebanyaknya dan bukan untuk menerima sebanyaknya. Memberi walaupun sedikit atau sekadar senyuman yang manis. Senyuman manis itu juga adalah sedekah.
Sudah ketetapan Allah Taala, semakin banyak kita memberi semakin banyak kita akan menerima.
Memberilah pada manusia sebanyaknya, dan meminta pada Allah Taala sebanyaknya.
Memberi tidaklah terhad pada wang semata-mata. Memberi dari segi ilmu, masa, tenaga dan pertolongan, sedekah dan sebagainya.

The more  you give, the more you get
The more you share, the more you get
Orang yang sentiasa memberi, hidupnya sentiasa diberkati.

3.  Power Of Focus (Kuasa Fokus)

Hidup kita dicorakkan oleh apa yang kita fokus setiap hari.
Fokus pada perkara yang baik dan positif, maka kita akan melihat perkara dan hasil yang positif. Situasi sebaliknya juga adalah benar.

Oleh itu, hanya fokus pada apa yang kita mahu, insyaAllah kita akan bekerja kearah apa yang kita mahukan.
Apa yang kita fikir juga adalah doa. Programkan sel otak dan minda bawah sedar kita “Saya Kaya & Berjaya”, insyaallah kita akan menjadi kaya dan berjaya.

4.  Power Of Dreams (Kuasa Impian)

Impian akan menjadi kenyataan apabila kita menulisnya. Jika tidak, ia hanyalah angan-angan.
Tetapkan impian kita, apa yang kita hendak capai dalam hidup ini dan tulis di atas kertas. Lihat impian tersebut setiap hari dan gambarkan kita telah mencapai impian tersebut. Secara tidak langsung, minda bawah sedar kita akan bekerja untuk merealisasikan impian kita tadi.
Sudahkah anda tulis apakah 100 perkara yang anda ingin lakukan di dalam hidup ini?

 5.  Power Of Action (Kuasa Bertindak)

“You see, in life, lots of people know what to do, but few people actually do what they know. Knowing is not enough! You must take action.” – Anthony Robbins
Kuasa bertindak adalah kunci paling penting. Tanpa tindakan, tiadalah hasil. Semakin cepat kita bertindak, semakin cepat kita melihat hasilnya. Fast action, fast result!
Kita hari ini adalah hasil tindakan kita beberapa tahun yang lepas. Kita dalam 3 tahun atau 5 tahun akan datang adalah hasil tindakan kita pada hari ini.
Tetapkan tindakan yang kita perlu lakukan, jangan tunggu betul-betul sempurna baru ingin bertindak. Tetapi buat sahaja.
Pesan Dr. Azizan : Jangan percaya, buat je…Fast action, fast result!
‘Jangan menunggu waktu yang tepat untuk melakukan sesuatu, karena waktu tidak akan pernah tepat bagi mereka yg menunggu.’
“You may never know what results come of your action, but if you do nothing there will be no result” – Mahatma Gandhi
Jika kita masih belum mampu bertindak, mungkin ilmu kita belum cukup lagi. Teruskan menambah ilmu samaada mencari mentor, membaca, mengikuti seminar, bengkel dan sebagainya.

6.  Power Of Character (Kuasa Karakter)

Karakter yang baik dan menarik membuatkan orang lain tertarik terhadap kita. Peribadi kita, cara kita bertindak, cara kita berinteraksi dan melayan orang lain, cara berpakaian, dan wajah yang ceria adalah antara karakter yang mencerminkan peribadi kita.
Bina karakter dan watak diri yang positif untuk Kaya & Berjaya. Karakter dan akhlak terbaik yang kita perlu contohi adalah karakter dan watak peribadi nabi Muhammad S.A.W.

7.  Power Of Emotion (Kuasa Emosi)

Orang yang kuat, adalah orang yang dapat mengawal emosi marahnya sebagaimana dalam hadis Nabi. Inilah peranan emosi.
Kawal emosi untuk kita mengawal diri supaya sentiasa dalam keadaan tenang. Bertindak dalam keadaan tenang, akan membuahkan hasil yang terbaik.
Untuk mengawal emosi supaya sentiasa dalam keadaan tenang, hendaklah sentiasa berfikiran positif dan berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bukan berfikir kesan atau akibat masalah yang dihadapi.
Amalkan berwuduk, berzikir dan membaca al-Quran. Kerana dengan mengingati Allah Taala, hati akan meniadi tenang.

8.  Power Of Teamwork (Kuasa Kerjasama)

Tidak ada orang yang berjaya hanya dengan bersendirian. Kita perlukan bantuan orang lain untuk berjaya. Sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Kerjasama amat penting dalam sesuatu pasukan. Kerja menjadi lebih cepat dan mudah apabila lebih ramai yang terlibat.
Kita tidak mampu untuk melakukan semua perkara dengan sendiri. Disinilah pentingnya kerjasama dan pembahagian tugas atau leverage.

9.  Power Of Contribution (Kuasa Sumbangan)

Sumbangan termasuklah sumbangan ilmu, masa, tenaga, makanan, harta benda dan wang ringgit. Amalan memberi sumbangan dan berkhidmat kepada yang memerlukan akan menambah rezeki dan pahala kita.
Semoga kita menjadi golongan tangan yang diatas iaitu tangan yang memberi walaupun jumlahnya tidak banyak.

 10.  Power Of Attitude (Kuasa Sikap)

Sikap positif membuahkan keputusan yang positif. Untuk Kaya & Berjaya, kita perlu kaya dengan sikap positif bermula daripada cara fikir (mindset), cara hidup, kaya jiwa dan kaya harta.

Semoga kita dapat mengamalkan 10 tip menjadi Kaya & Berjaya ini. InsyaAllah.

sumber : http://www.zulpress.com

Thursday, February 16, 2017

Apa itu minda bawah sedar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari ni saya nak share tentang satu ilmu yang saya pelajari iaitu mengenai minda bawah sedar.


Apa itu minda bawah sedar?

atau bahasa omputihnya kita panggil subconcious mind.

Minda bawah sedar ni adalah aktiviti otak ketika gelombang alpha diaktifkan.

Gelombang alpha ni aktif ketika keadaan tenang, contohnya semasa bersolat, time nak tidur, time kita sedang berehat. 


Apa itu minda sedar?

Minda sedar pula adalah ketika kita melakukan sesuatu dalam keadaan sedar seperti membaca blog ni, menulis, bersukan dan sebagainya.

Kajian telah membuktikan bahawa kapasiti minda kita hanya 12 % untuk minda sedar manakala selebihnya 88 % adalah minda separa sedar. 

ini bermaksud, outcome yang terhasil daripada diri kita ini adalah 88 % datang daripada minda bawah sedar. Apa yang kita fikirkan, apa yang kita niatkan serta impian kita yang terlintas dan terpahat dalam hati itu adalah minda separa sedar. 





Saya selalu berikan contoh kepada pelajar saya. 

'Jadikan subjek Anatomy dan Physiology mudah dan menyeronokkan bagi anda. Kalau asyik cakap subjek ni susah , memang sampai bila-bila pon susah.. ' (Saya bagi contoh ni sebab saya cikgu anatomi . hehehe.. )

Setiap kali sebelum mengajar, saya akan cuba beritahu pelajar supaya anggap subjek ini sesuatu yang menyeronokkan dan ianya sangat rapat dengan kita. Iyela. Belajar pasal badan sendiri kot. Plus apa yang kita belajar itu secara tidak langsung dapat mendekatkan diri dengan Allah sebab kita belajar mengenai penciptaanNya. Subhanallah.

dan Alhamdulillah, mereka mampu terima dengan mudah. Belajar pon happy je.


So, sekarang ni saya nak cabar diri saya untuk apply minda bawah sedar ni dalam bisnes yang saya tengah buat ni. Doakan saya kaya dan berjaya. Jom sama-sama kita..

Amin...




Wednesday, February 15, 2017

Pesakit asma sukar bernafas

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera


Sape di sini pernah kene asma? Ade orang waktu kecil kene asma, tapi bila dah dewasa asma tu hilang. Ade orang dah berumur baru dapat asma. 


Kalau korang nak tau, saya adalah salah seorang pengidap asma semasa kecil. masa saya teruk kene asma tu dalam lebih kurang umur 9-12 tahun. Pantang kalau ade bulu kucing, habuk, cuaca sejuk memang kene la asma ni. Patut la saya tak ditakdirkan untuk belajar ke luar negara. mungkin takut kene asma.. hehehe..


Kalau dah kene, masyaAllah susah sangat  nak bernafas. Rasa susah nak bernafas tu disebabkan oleh salur pernafasan semakin mengecil disebabkan dinding salur pernafasan semakin membengkak akibat tindak balas imun dalam badan yang melampau. Keadaan ini dinamakan tindak balas autoimun. Boleh baca di sini untuk keterangan yang lebih lanjut.


ASMA OMEGA GUARD
perbezaan salur pernafasan yang normal dengan salur pernafasan pesakit asma.


Bila saya ingat balik kisah dulu-dulu.. rasa kesian dekat diri sendiri. Pakai nebulizer itu perkara biasa. ulang alik hospital tengah malam itu biasa.. Dulu memang mengharap pada nebulizer je.. Sekarang, baru tau ade omega guard yang boleh bantu pulihkan asma.. kenapa la dulu takde orang promote kat mak ngan abah suruh beli omega guard Shaklee. hehehe..=D


Syukur Alhamdulillah, bila semakin dewasa, asma tu lama kelamaan hilang. Siap boleh join PALAPES UM lagi. 

Mintak-minta dah tua nanti, asma ni jangan datang balik.. hehehe..


Jom kita tengok testimoni pesakit asma yang dah recover selepas ambil omega. KLIK DI SINI.


Terima kasih kerana sudi membaca..




Pengedar Shaklee Damansara dan TTDI Jaya 016 3163292 COD Percuma

Assalamualaikum..


Berita gembira buat warga Damansara dan TTDI Jaya. Anda boleh dapatkan produk SHAKLEE terbaek dengan cepat dan mudah daripada agent Shaklee yang sah daripada  Mr, Ezani di talian 016 316 3292. COD di sekitar kawasan yang berdekatan adalah percuma.

PENGEDAR SHAKLEE DAMANSARA DAN TTDI JAYA
Mr. Ezani a.k.a my husband yang banyak tolong saya COD barang. hehehe...


Nak register untuk jadi ahli pon boleh...  

Register secara online hanya dengan klik di sini..

ataupun kalau malas nak online, whatsApp nama penuh dan no. IC ke 017 2412460 / 016 3163292


Terima kasih..


Monday, January 30, 2017

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS

1. Bangun malam ( sekitar jam 3 pagi)
- _mandi dan ambil wuduk_

2. Solat sunat Wuduk.

3. Solat sunat Taubat.

4. Solat sunat Tahajjud

5. Solat sunat Hajat ( _mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak_ ).

6. Solat sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfar 100 x

8. Tahlil 300 x

9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x

10. Tasbih 40 x

11. Solat sunat Fajar.

12. Solat fardhu Subuh.

13. Baca Yassin selepas solat Subuh.

14. Solat sunat Dhuha.

15. Solat fardhu Zuhur.
- _solat sunat sebelum_
- _solat sunat selepas_

16.Solat fardhu Asar
- _solat sunat sebelum_

17. Solat fardhu Maghrib
- _solat sunat selepas_

18. Solat fardhu Isya'
- _solat sunat sebelum_
- _solat sunat selepas_

19. Sebelum tidur baca :
-   al-quran :
- _surah Al-mulk_
- _surah Sajjadah_
- _surah al-Waqiah_

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

*“Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."*

[Ustaz Ismail Kamus]

Share ilmu ini utk peringatan kita semua..