Friday, June 3, 2016

10 MANFAAT URUTAN BAYI

Dengan urutan, kita sebenarnya memberikan sentuhan kasih sayang kepada bayi kita. Sentuhan merupakan elemen yang sangat kuat dalam ikatan setiap insan. Mari kita lihat manfaat dengan mengurut bayi.

1.  Rasa disayangi



2. Membantu bayi tidur lena

untitled-15931



3. Meningkatkan sistem imunisasi





4. Menyihatkan kulit bayi



5. Melancarkan sistem peredaran darah


6. Membantu melancarkan sistem penghadaman


7. Membanti melancarkan sistem pernafasan

8. Melegakan kesakitan pada gigi





9. Memberi kesan positif kepada perkembangan emosi dan psikologi bayi







10. Mempercepatkan peningkatan berat badan di kalangan bayi pramatang.


* Sumber rujukan = Majalah PAMA


ANDA PERLUKAN SUMBER VITAMIN UNTUK ANAK ANDA?? KLIK DI SINI..



LANGKAH DEMI LANGKAH URUTAN BAYI

Bukan orang dewasa sahaja yang seronok kene urut, bayi pun sebenarnya sangat-sangat digalakkan untuk diurut. Jom kita lihat satu persatu teknik ururtan bayi.


KAKI

Mulakan urutan pada kaki terlebih dahulu kerana bahagian kaki adalah kawasan yang kurang sensitif. Untuk melancarkan peredaran darah, tekan bahagian tapak kaki dengan lembut dengan menggunakan ibu jari. Bahagian peha sehingga pergelangan kaki juga perlu diurut lembut. Lakukan pada kedua-dua belah bahagian tapak kaki.

Setelah itu, jari-jari kaki bayi dipicit satu persatu. Teknik ini dinamakan toe squeeze. Akhiri bahagian ini dengan gerakan memutar dan tarikan lembut di setiap jari kaki bayi.


LENGAN

Seterusnya, lakukan urutan seolah-olah gerakan memicit pada pangkal lengan tangan kanan dan kiri. picit lembut-lembut je tau. Jangan kuat-kuat.. hehehe.

Kemudian, cuba buka tapak tangan bayi secara perlahan, Ia bertujuan untuk menarik lembut jari jemari bayi. Setelah itu lakukan teknik rolling (gerakan seoerti memerah baju) secara lembut dari pangkal lengan hingga ke hujung pergerakan tangan.


MUKA

Mulakan urutan dari bahagian muka dari bahagian tengah hingga ke luar. ururtan di bahagian ini perlu dilakukan secara tenang dan lembut. Kemudian, bahagian pangkal hidung hingga ke pipi. Bahagian bawah bibir serta dagu juga jangan dilupakan. 

Bagi bayi yang mempunyai masalah kerap menangis atau masalah pertumbuhan gigi, lakukan urutan yang kerap pada bahagian muka. Insyaallah, urutan ini akan memberi kelegaan pada si bayi.


PERUT

Urut perlahan-lahan dengan menggunakan tangan kiri dan kanan silih berganti dengan melakukan gerakan sun and moon. Boleh KLIK kat sini kalau nak lihat teknik ini. (tak tahu nak explain macam mana..kikiki.. )

Lepas tu, boleh juga buat urutan gerakan seperti huruf I, U dan L. Urutan di bahagian perut dapat mengurangkan masalah angin, kembung perut serta sembelit pada bayi.


BAHAGIAN BELAKANG

Tiarapkan bayi untuk melakukan urutan di bahagian belakangnya. Mulakan urutan tengah ke tepi bermula daripada leher sehinggan ke pinggang. kemudian, gerakan tangan dari atas ke bawah . Lakukan secara berulang kali dengan lembut. Urutan bahagian belakang bayi dapat memberi kelegaan dan menghilangkan rasa ketegangan oleh bayi akibat terlalu lama baring.