Thursday, March 31, 2016

AMBIL TAHU NUTRIEN PENTING UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kehamilan adalah merupakan moment yang sangat-sangat di nantikan oleh setiap pasangan lebih-lebih lagi mereka yang baru mendirikan rumahtangga.




Tumbesaran janin dari bulan ke bulan memerlukan nutrient dan mineral yang cukup untuk memastikan pembentukan organ dan tisu lengkap. 



Antara Nutrient penting yang diperlukan oleh ibu hamil adalah:


Protein
Sumber utama asid amino yang penting untuk pembinaan sel-sel dan tisu janin dalam kandungan





Karbohidrat

Sumber tenaga utama untuk memastikan sel-sel tubuh badan si ibu dan janin dalam kandungannya dapat bekerja




Lemak

Pengambilan lemak yang secukupnya adalah diperlukan untuk pembentukan tisu lemak terutamanya ketika usia janin memasuki triemster ketiga. Namun perlu diingat, jangan ambil lemak secara berlebihan, nanti susah pula nak turun berat badan selepas bersalin



Kalsium 

Kalsium adalah mikronutrien yang perlu diambil oleh ibu dalam kuantiti yang tinggi di mana kalsium diperlukan untuk membentuk tulang serta gigi yang kuat bagi janin. Kekurangan kalsium di kalangan ibu mengandung adalah sering dilaporkan. Kekurangan kalsium akan menyebabkan tulang ibu menjadi rapuh, gigi mudah tertanggal. 

Yang paling menyeksakan akan berlaku kekejangan kaki di tengah malam. Jika anda mengalami simptom2 seperti ini, ini menandakan anda sedang mengalami kekurangan kalsium




Asid Folik

Asid folik sangat penting untuk memastikan pembentukan 'neural tube' berlaku dengan sempurna. Kekurangan asid folik akan menyebabkan janin mengalami 'spina bifida' iaitu pembentukan 'neural tube' yang tidak normal




Zat besi

Zat besi sangat penting utuk menghasilkan hemoglobin iaitu bahan penting untuk mengangkut oksigen di dalam sel darah merah. kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia iaitiu keadaan di mana kandungan hemoglobin si ibu rendah. 

Antara simptom-simptom anemia adalah seperti mengantuk, pening, degupan jantung laju, tubuh menjadi lesu dan tidak bermaya. 

Jika anda mengalami simptom seperti di atas, anda mungkin mengalami kekurangan zat besi


Vitamin

Kesemua jenis vitamin adalah diperlukan oleh ibu mengandung untuk memastikan sel-sel janin dapat terbina dengan lengkapnya


Kesemua nutrient yang diperlukan terdapat di dalam Set Hamil Shaklee.


Klik di sini untuk melihat Set Hamil Shaklee


Atau hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Set Hamil Shaklee







No comments:

Post a Comment