Wednesday, February 3, 2016

TIPS KUMPUL STOK SUSU IBU SEBELUM BEKERJA

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya baru sahaja memulakan rutin kerja sebagai seorang pensyarah setelah 2 bulan bercuti pantang anak ke-2. Semuanya berjalan dengan lancar dan apa yang lebih menggembirakan lagi, stok susu badan saya lebih banyak kali ini berbanding ketika selepas saya melahirkan anak yang pertama dahulu. Nak tau rahsia macam mana nak banyakkan susu, boleh la KLIK kat sini.

sepanjang pengalaman saya selama 2 bulan berpantang, ini lah antara tips-tips yang saya amalkan.

1. MULA KUMPUL PADA MINGGU KE 2 SELEPAS BERSALIN

Kenapa kene minggu ke 2? kalau lagi awal kan lagi bagus.. ada jugak yang bertanya pada saya soalan tu.

Sebenarnya minggu ke 2 adalah waktu yang sesuai untuk kita mula kumpul stok susu sebab, 2 minggu yang pertama tu, kita digalakkan untuk 'direct feeding' sebab ketika itu payudara kita hasilkan susu yang lebih tinggi kandungan antibodi dan adalah lebih baik jika antibodi tersebut terus masuk ke dalam badan bayi sebab ianya masih aktif. Kalau perah dan simpan pun mungkin antibodi tersebut sudah menjadi tidak aktif lagi disebabkan perubahan suhu. 


2. SET TARGET

Macam saya haritu, saya bawak balik storage bottle dekat 40 + storage bag. Memula rasa macam x yakin boleh isi semua botol tu. Tapi saya set minda saya yang saya boleh penuhkan botol tu semua. Alhamdulillah, susu banyak sampai x cukup botol. Mungkin bagi orang lain jumlah ni sikit jer.. tapi bagi saya itu dah cukup banyak. Rezeki orang masing2 berlainan kan.. so, ok la tu kan. 


3. PERAH SUSU SETIAP HARI

Setiap hari memang kene pam susu. JANGAN MALAS!!. saya kekadang tu ade jugak suara biawak yang cakap, "ala.. x payah pam la hari ni. bukannya bengkak pun.." Tapi kita kene lawan kata-kata biawak tu. Kene jadik rajin dalam bab ni. Kena pandai cari masa untuk perah susu walaupun kene bangun tengah malam. Kalau nak jimat masa, sambil susukan anak, sebelah lagi perah untuk buat stok. lagi cepat susu terhasil


4. SEDIAKAN TEMPAT SIMPANAN SUSU YANG LUAS DAN BANYAK

Sila clearkan freezer bahagian atas supaya kita boleh simpan susu banyak2 nanti. takpun mintak tolong husband belikan deep freezer khas untuk nak simpan susu... hehe.. ini sebenarnya pon boleh jadi pemangkin nak kumpul stok susu bagi banyak tau. Tapi saya x dela sampai tahap beli deep freezer baru.. hehe.. 


5. ALWAYS BE POSITIVE

Yang ni memang saya selalu amalkan setiap kali selepas memerah. saya selalu sebut ALHAMDULILLAH, ini rezeki untuk anak aku hari ini. Tetap ucap alhamdulillah walaupun hasil perahan hanya cuma 1/2 @ 1 oz. Insyaallah, lama kelamaan, susu kita akan jadi lebih banyak. Sebab dalam Al-Quran pon Allah ade sebut, 'barangsiapa yang bersyukur atas nikmat yang diberikan, maka akanKu gandakan lagi nikmat kepada hamba tersebut.' Saya tak ingat dalam surah ape. Tapi itulah janji Allah. so, kita kene sentiasa yakin



No comments:

Post a Comment